Masalah tidur merupakan perkara biasa bagi semua orang tidak kira lelaki mahupun wanita, terutamanya apabila umur anda semakin meningkat. Masalah insomnia atau sukar untuk tidur ini terjadi disebabkan beberapa pengaruh antaranya adalah jika anda terlalu banyak berfikir, terlalu stress dan risau akan sesuatu perkara, atau mungkin anda terlalu obses dengan media sosial hingga anda terleka melengkapkan waktu tidur dan rehat anda dengan sempurna.
Disini terdapat beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda untuk memanjangkan waktu tidur anda dan membantu anda untuk dapat tidur dengan lebih mudah.
#1 Pejamkan mata dan rehat beberapa minit setiap hari
Anda orang kata, tidur sebentar pada waktu tengahari adalah tidak bagus, tetapi, yakinlah bahawa tidur sekejap itu adalah baik untuk tubuh anda. Pastikan anda melelapkan mata buat seketika waktu, ambil masa sekitar 10-20 minit sehari. Ini akan dapat membantu anda untuk berasa segar semula. Waktu yang terbaik adalah waktu sebelum Zohor diantara pukul 12pm-1pm. Cubalah!
#2 Cuba kawal emosi dan perasaan risau anda
Cari masa yang bersesuaian setiap hari untuk anda memikirkan perihal masalah anda. Mungkin 10-15 minit sebelum anda masuk tidur setiap hari pada waktu yang sama. Jika tiada sesiapa yang dapat mendengar luahan hati anda, cubalah nukilkan masalah anda di dalam diari peribadi. Sedikit sebanyak ia dapat melegakan hati anda yang resah itu. Ini akan dapat membantu agar anda tidak terus memikirkan masalah anda sehingga terbawa-bawa didalam tidur seterusnya menjejaskan waktu tidur anda. Ajar diri anda untuk jadi berdisiplin. Untuk kebaikan diri anda juga bukan?
#3 Dedahkan diri anda kepada cahaya matahari sejurus anda bangun tidur
Janganlah membuang masa melepak dan berguling diatas katil. Apakata anda cuba ubah tabiat buruk anda itu untuk terus bangkit menghadap matahari. Cahaya Matahari dapat membantu badan anda untuk bingkas terjaga daripada keletihan selepas bangun daripada tidur. Ia bagaikan jam biologi semulajadi yang berupaya memberitahu tubuh anda bahawa telah tiba masanya untuk bangun dan bekerja! Dalam pada masa yang sama, ia juga akan menggerakan tubuh anda untuk tidur pada waktunya, iaitu 14-16 jam selepas anda bangun dari tidur.
#4 Elakan mandi air panas
Terdapat banyak kebaikan memandi air panas sebelum ini yang mengatakan ia dapat membantu badan anda untuk kekal relaks. Tetapi apa yang anda tidak tahu, mandi dengan air panas itu sebenarnya buatkan badan anda terus terjaga dan segar. Jika anda tetap mahu mandi dengan air panas, pastikan ianya dilakukan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum anda tidur agar badan anda mempunyai masa untuk sejuk terlebih dahulu.
#5 Jadikan bilik anda lebih nyaman dan sejuk
Anda harus menyejukan badan anda agar ianya bersedia untuk tidur dan berasa mengantuk. Jadi, untuk dapatkan waktu tidur yang sempurna, pastikan persekitaran bilik anda cukup sejuk dan nyaman. Cuba bayangkan… waktu sejuk, selimut yang gebu dan lembut, bantal dan tilam yang empuk! Memang sedap untuk tidur kan?
#6 Bersenam secara bersungguh-sungguh
Jika anda nak bersenam, pastikan anda melakukan senaman tersebut dengan sepenuh jiwa. Bukan bercinta sahaja yang perlukan jiwa tahu? Lakukan setiap gerak senaman dengan bersungguh-sungguh. Ini akan dapat mendorong diri anda untuk tidur dengan nyenyak. Tetapi, harus diingatkan, lakukan senaman mengikut kemampuan anda, janganlah terlalu memaksa diri sehingga ia mencederakan diri anda sendiri. Jika anda rasa anda mampu berlari sejauh 5 batu dalam satu-satu masa, lakukannya. Jika tidak, berjalan kaki dalam masa 20 minit pun sudah memadai. Asalkan sahaja anda melakukan sesuatu yang mendorong tubuh anda untuk menjadi penat dan memerlukan rehat, itu kemudiannya akan membuatkan anda lebih cepat tidur.
#7 Jaga kesihatan fizikal anda
Anda sakit leher malam tadi? Tersilap posisi tidur mungkin? Apa kata malam ini anda ubah posisi tidur anda. Tidur secara menelentang, rehatkan badan anda diatas tilam, hela nafas dalam-dalam dan gunakan bantal yang lebih lembut material dan fabriknya. Anda juga boleh cuba letakkan bantal dibawah pelipat kaki anda untuk menyokong keselesaan tubuh anda ketika tidur.
#8 Lakukan ritual tidur yang berkesan untuk anda
Minum segelas susu atau teh herba sebelum tidur? Tidak perlu. Ritual itu tidak membantu mendorong seseorang untuk lekas tidur. Oleh itu, cuba cari rutin harian sebelum tidur yang lebih berkesan buat diri anda. Walau apa pun ianya, cuba manfaatkan rutin itu sebaiknya untuk diri anda dan jadilah berdisplin dengan melakukannya setiap hari. Mungkin anda boleh menyemak kembali jadual kerja anda untuk esok, atau fikirkan berkenaan dengan menu sarapan apa yang anda henaak masak di pagi hari disamping menyediakan baju kerja untuk dipakai esok. Barangkali, jika anda telah menyusun jadual anda dengan teratur dan cuba menjadi lebih tersusun, ini akan mengurangkan rasa cemas anda keesokan paginya. Semuanya akan berjalan lebih lancar! Tak perlu kelam-kabut!
#9 Merangsang diri anda untuk kurangkan tekanan
Relaks sahaja tidak cukup untuk buat kita. Tertekan berkenaan dengan kondisi kewangan ekonomi keluarga, tertekan kerana masalah keluarga dan kerja. Apabila semua masalah ini bergabung menjadi satu, ia buat kita jadi separuh mati! Jadi, untuk melunaskan semua permasalahan diri anda itu, relaks sahaj tidak cukup. Anda harus merangsang diri anda. Gunakan sikologi. Ubah cara pemikiran yang selama ini meracuni gerak-geri kita. Meditasi dapat bantu menenangkan diri kita. Mendengar muzik alunan perlahan atau bunyi-bunyian alam semulajadi juga membantu. Klik disini untuk bunyi ombak.
#10 Letakan pen dan buku nota berdekatan dengan katil anda
Selalunya kita akan ambil masa sebelum tidur itu untuk berangan atau tiba-tiba sahaja kita akan terfikirkan perkara-perkara penting berkenaan dengan rancangan esok hari, oleh itu, cuba nukil kan idea-idea bernas anda itu diatas sehelai kertas. Bila tiba hari keesokannya, tak perlulah anda bersusah payah memerah otak untuk ingat kembali idea apa yang anda fikirkan malam tadi okay? Semuanya sudah tertulis! Apabila diri anda tenang dan anda sebolehnya cuba untuk melepaskan diri anda daripada segala tekanan dan rasa cemas, anda akan dapat melelapkan mata dalam masa yang singat seterusnya memperolehi kualiti tidur yang lebih sempurna.
Diharap tips ini berguna dan dapat membantu anda. Mimpi yang indah!