Selain rutin melakukan rawatan kulit di pusat kecantikan untuk seorang public figure yang cukup gah seperti Kylie Jenner sememangnya tidak mencukupi.
Agaknya apa lagi yang dilakukan bagi memastikan kecantikan diri sempurna sebelum keluar dari rumah. Ini antara 5 produk penjagaan kulit kegemaran Kylie Jenner.
Kiehl’s, Creamy Eye Treatment with Avocado
Kantung mata merupakan masalah kulit wajah yang paling menjengkelkan bagi Kylie. Keadaan mata yang kurang fresh, boleh membuatnya bad mood. Jadi, untuk tetap menjaga kesihatan mata agar sentiasa segar, Kylie sangat bergantung dengan krim mata ini.
Neutrogena, Make-Up Remover Cleansing Towelettes
Aktiviti seharian yang sentiasa mewajibkan diri bersolek penuh, kadang-kala merimaskan malah memenatkan. Tisu pembersih wajah dari Neutrogena adalah senjata wajib ada di dalam beg mekapnya.
“At night, I’ll use the Neutrogena makeup remover wipes. It even gets the waterproof stuff off.”
Sephora, Collection Face Masks
“Saya mendapati topeng muka dari Sephora ini sangat fun. Malah, kesemua kawan-kawan saya juga menggunakannya. I’m obsessed with them.”
Sephora Collection Face Masks juga menawarkan pelbagai pilihan yang bersesuaian dengan jenis kulit wajah anda. Antaranya:
- Lotus Mask yang mampu menyegarkan kulit yang letih dan mengurangkan tanda-tanda ketegangan dan keletihan.
- Pearl Mask pula menyempurna dan mencerahkan dengan semula jadi, mencipta kilauan yang tinggi
- Honey Mask untuk memelihara, menenang dan menyegarkan kulit kering atau sensitif.
- Rose Mask baik untuk memberi kelembapan dan mencerahkan sifat yang mendalam melalui ekstrak mawar semula jadi.
- Pomegranate Mask, mask jenis ini pula membangkitkan, memberi tenaga, dan melindungi kulit dengan antioksidan yang kaya dengan ekstrak buah delima asli.
- Ginseng Mask untuk mencerahkan kulit kusam, mengembalikan kelembapan kulit.
- Green Tea Mask pula membersih, melegakan kulit, menyerap sebum dan mengurangkan kemunculan jeragat hitam.
Victoria’s Secret, Coconut Passion Fragrance Mist
Ini satu lagi rutin Kylie yang peminat tidak diketahuinya. Kebiasaan menggunakan pewangi badan/body mist sebelum tidur adalah ritual wajib selalu dilakukannya. Menurut Kylie, aroma pewangi yang melekat di tubuh dan bantal boleh membuat tidurnya lelap.
Moroccanoil, Shampoo & Conditioner
Selain wajah, kesihatan rambut juga dititikberatkan. Kylie menjelaskan dia mengalami kerosakan rambut akibat kekerapan mewarnakan rambut. Kylie memilih Moroccanoil, Shampoo & Conditioner bagi memastikan rambutnya kekal sihat.
[SUMBER]