Gemerlapan dengan Permata! Mata penuh glamor dengan corak permata! Bausch + Lomb melancarkan Lacelle™ Jewel, kanta lekap berwarna pakai buang bulanan di Malaysia dengan cara yang penuh glamor. Kanta lekap bulanan pakai buang ini telah mula muncul buat pertama kali di Asia.
Fakta Kanta Lekap Lacelle™ Jewel
- Mempunyai rekaan kata unik yang meningkatkan kejelasan penglihatan kanta.
- Rekaan kanta nipis yang mana ketebalan bahagian tengahnya ialah 0.078mm, akan memberikan lebih keselesaan kepada pemakai kanta lekap.
- Kandungan air sebanyak 38% memberikan keselesaan terbaik. Bahan ini juga meminimakan penambahan protein untuk keselesaan dan kebersihan pemakai kanta.
- Rekaan Lacelle™ Jewel menggelap dan membesarkan iris untuk memaparkan mata yang lebih besar secara semulajadi dimana dengan pemakaian Lacelle™ Jewel mata akan menjadi lebih jelas dan cerah, tampak lebih semula jadi dan tidak palsu.
- Faktor Lacelle™ Jewel yang menakjubkan ialah penggabungan warna bahan kanta yang dimasukkan melalui teknologi untuk memberikan lebih keselesaan dan kesihatan mata yang baik.
- Dengan variasi 7 warna sebagai pilihan, ianya boleh disuai padan dengan pakaian pilihan harian.
- Kanta-kanta ini mengandungi standard pigmen yang disahkan oleh FDA menunjukkan langkah-langkah keselamatan telah diambil untuk memastikan perlindungan untuk para penggunanya.
Kanta lekap Lacelle™ Jewel akan mula dijual dari 1 September 2015 di semua kedai peniaga optik utama. Ianya merupakan tawaran baru tambahan kepada Lacelle™ dan Lacelle™ Colours yang sedia ada. Siri Lacelle™ Jewel dijual pada harga RM68 sekotak.