Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Remajakan Kulit Wajah Anda Dalam Masa 28 Hari Sahaja!

by IamLisa
September 15, 2015
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Penuaan kulit amat ditakuti oleh setiap wanita tetapi tidak ada sesiapa pun yang dapat melarikan diri daripada lumrah alam ini. Di L’OCCITANE, kami percaya bahawa kita tidak perlu membiarkan wajah kita tampak setua usia kita.

L’OCCITANE DIVINE meluaskan koleksi antipenuaan dengan produk yang dicipta khusu untuk menyerlahkan keremajaan kulit. Kemujaraban koleksi Divine terletak pada ramuan keemasan semula jadi yang begitu berharga: Immortelle. 

Bunga berwarna kuning ini juga dikenali dalam bahasa Latin sebagai Helichrysum, yang bermakna ‘matahari keemasan’. Immortelle terkenal kerana ‘kepanjangan hayat’ kerana bunga malar ini tidak pudar atau layu, walaupun selepas dipetik. Lautan bunga Immortelle boleh didapati di rantau Balagne, yang terkenal sebagai ‘taman Corsica’.

Divine sept Cure 2015 POSTER

Satu penyelesaian yang dicipta khusus untuk kulit lesu, L’OCCITANE telah membangunkan program yang diilhamkan untuk bertindak secara harmoni dengan ritma semula jadi kulit. 

Buat pertama kalinya, minyak pati Immortelle digabungkan dengan adunan bahan aktif dari kawasan semak Corsica untuk memulihkan kesegaran wajah. Formula Program Peremajaan Divine 28 Hari terkandung dalam botol satu dos yang mudah digunakan, satu untuk setiap malam. Tekstur minyak semula jadi cair ke dalam kulit, membolehkan bahan aktif meresap ke dalam kulit dan memupuk kemujarabannya.

PR_divine15_cure_boite ouverte

Minggu 1 – Peluluran Lembut

  • Membantu kulit menanggalkan sel-sel kulit mati yang menyumbat pori-pori.
  • Minyak pati pistacia lentiscus merangsang proses peluluran semula jadi kulit tanpa merengsakan atau memburukkan keadaannya.
  • Kulit tampak berseri 74%
  • Permukaan kulit terasa lebih licin sekata 80%

Minggu 2 – Penghidratan & Penyuburan

  • Membantu menguatkan sel-sel baru.
  • Adunan empat minyak tumbuhan, digabungkan dengan minyak pati Cistus, untuk menyihatkan dan melembapkan kulit.
  • Kulit terasa sihat 86%
  • Kulit terasa lembap 89%

Minggu 3 – Keseimbangan

  • Memupuk kesejahteraan kulit dan menyediakan kulit untuk langkah akhir.
  • Minyak pati Myrtle dan Rosemary bertindak secara harmoni untuk memulihkan keseimbangan kulit dan meningkatkan kesejahteraan.
  • Kulit tampak lebih kental 69%
  • Keadaan kulit secara keseluruhan bertambah baik 83%

Minggu 4 – Remaja

  • Menyerikan dan menggebukan kulit.
  • Minyak pati Lobak Merah, Cypress dan Immortelle bekerja tanpa mengenal penat untuk mencegah tanda-tanda penuaan.
  • Kulit tampak lebih halus 89%
  • Kulit tampak cergas semula 83%

Penggunaan: Untuk disapukan secara sendirian setiap malam (ketika keadaan paling sesuai untuk pembaharuan sel dan kulit yang sedang berehat sedia untuk menerima khasiat produk penjagaan kulit) selepas pembersihan muka, selama 28 hari. Untuk penyerapan lebih baik, hangatkan minyak di tapak tangan dan sapu muka, leher & dada. Elakkan kontur mata.

Aktifkan kulit anda hari ini dengan amalan penjagaan eksklusif L’OCCITANE Divine. Divine Renewal Program boleh didapati secara tetap di semua butik L’OCCITANE di seluruh negara mulai 1 Oktober 2015.

Tags: anti ageingantipenuaanawet mudakosmetikL'OCCITANEproduk l'occitaneskincaretips cantik
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - Pinterest
Kecantikan

Ahli Dermatologi Kata Jangan Guna Produk Ini Pada Waktu Panas Terik

by Sofie Azizlan
May 25, 2022
0

Pasti di kalangan kita ada yang tidak tahu bahawa beberapa produk skincare sebenarnya tak sesuai dipakai dalam sesetengah keadaan cuaca....

Baca Lagi
Foto - Beauty Crew
Kecantikan

Musim Panas, Apa Kata Kamu Cuba Solekan Reverse Cat Eye

by IamLisa
May 24, 2022
0

Musim panas ini apa kata cuba solekan yang fun dan ceria. Pernah dengar tentang solekan mata 'Reverse Cat Eye'? Solekan...

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Kecantikan

Bulu Mata Tak Lagi Gugur & Pendek Lepas Guna Eyelash Serum Jenama Ini

by Sofie Azizlan
May 24, 2022
0

Nak tahu tak kebiasaannya bila wanita nak bulu mata mereka lebat dan lentik, ramai yang akan gunakan eyelash extension atau...

Baca Lagi
Foto - Arkib DIVA
Kecantikan

Kalau Taknak Botak, Jaga Rambut Guna SAFI Shayla Tonik, #DIVAKongsi Caranya!

by Sofie Azizlan
May 24, 2022
0

Masalah keguguran rambut ini bukan hanya menjadi masalah lelaki saja, malah wanita pun turut alami masalah yang sama. Lebih-lebih lagi...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.