Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Makanan

Resepi Tiffany Blue Ice-Cream Mudah!

by Afiqah Syamin
September 15, 2015
5
SHARES
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Selera makan seseorang bukanlah boleh dijangka. Kadang-kadang apabila tiba mood mengidam nak makan itu ini dalam diri, sampai tak terlayan dibuatnya betul tak? Mengalahkan orang mengandung!

Tapi buat apa susah-susah, ada caranya bagaimana nak penuhi keinginan anda, tetapi yang ini khas buat penggemar tegar aiskrim!

Untuk penggemar aiskrim di luar sana! Anda tak perlu ke kedai semata-mata untuk dapatkan secawan aiskrim mahal yang harganya mencecah belasan ringgit satu skop.

Baiklah, hari ni kita akan belajar macam mana nak buat aiskrim berinspirasikan rona tema biru kehijauan Tiffany & Co.

Yang menariknya, resepi ini tak perlu guna mesin pembuat aiskrim pun! Anda dah sediakan pen dan kertas? Jom salin resepi Tiffany Blue Ice-Cream mudah ini!

Bahan-Bahan:

1. 200ml Krim Putar (Whipping Cream)

whipping_cream

2. 120ml Susu Pekat

evaporated-v-condensed-milk

3. 1.5 camca teh Ekstrak Vanilla

VANILLA-EXTRACT-80ML

4. Pewarna Makanan Berwarna Hijau Kebiruan (Tiffany’s Blue)

14d4af2396a1b0217977227e9aad21bf

Cara-caranya:

1. Mula-mula, campur dan gaulkan susu pekat bersama ekstrak vanila itu tadi sehingga rata.

2. Kemudian masukkan krim putar seperti jumlah yang dinyatakan itu tadi ke dalam mangkuk besar, pastikan mangkuk yang digunakan itu kering. Harus diingatkan juga, krim putar mesti sejuk (bukan beku).

3. Gaulkan krim putar menggunakan mesin pemutar selama 3 hingga 4 minit dengan kelajuan serdehana. Seterusnya, selangkan juga teknik adunan bersama pukulan tangan selama 7 minit.

4. Setelah adunan krim putar menjadi gebu dan lebih pekat, tambahkan pewarna hijau kebiruan itu tadi sedikit demi sedikit. Cuba beberapa titik dahulu kerana jika anda terlebih meletakkan pewarna, agak sukar bagi anda untuk mengurangkan kembali warna berkenaan. Rona Tiffany’s Blue tidak begitu pekat dan tidak begitu cair.

5. Adunkan krim putar bersama pewarna sehingga teksturnya agak berat.

6. Langkah seterusnya, campurkan kedua-dua adunan awal krim putar bersama susu pekat sehingga rata dan tidak bergumpal. Gaulkan mengikut arah putaran jam perlahan-lahan agar dapat mengawal kemasukkan udara ke dalam adunan.

7. Akhir sekali, cari bekas yang bersesuaian untuk meletakkan hasil adunan aiskrim berkenaan. Sebaiknya, cari bekas aluminium atau besi. Tutup bekas tersebut dengan plastik pembalut makanan dan ia siap untuk dibekukan.

Untuk hasil yang lebih baik, biarkan ia semalaman di dalam peti ais sebelum anda menikmatinya!

7709308ec682e6719268ae2d0c2015d7

Ha apa tunggu lagi? cubalah hasilkan aiskrim anda sendiri dengan resepi mudah ni!

Nota: Kalau nak rasa kerangupan bersama aiskrim, boleh tambah hiasan seperti kacang tabur atau cornflakes! Selamat mencuba!

SUMBER – Resepi Tiffanny Blue Ice-Cream

Tags: pencuci mulutResepi Aiskrim Tanpa MesinResepi Mudah AiskrimresipiTiffany Blue Ice CreamVanilla
Share2SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

Foto - FB Cik Melur
Makanan

Port Ikan Bakar Sedap Ada Di Kuala Lumpur, Jom Singgah Makan!

by IamLisa
December 31, 2021
0

Terliurnya tengok himpunan ikan bakar. Sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih, ulam-ulaman, air asam atau kicap, wow makin naik selera....

Baca Lagi
Foto - Pinterest
Makanan

Pelik Tapi Benar, 5 Jenis Makanan Ini ‘Haram’ Untuk Keluarga Diraja Britain…

by Opie Azizlan
December 30, 2021
0

Kehidupan sebagai keluarga diraja taklah seperti apa yang kita bayangkan kerana terlalu banyak peraturan yang perlu dipatuhi. Daripada cara berpakaian,...

Baca Lagi
Foto - Cleveland Health Clinic
Makanan

“Ratah Tomato Tapi Tiba-Tiba Naik Ruam” – Ini Fakta Sayuran ‘Nightshade’ Kena Tahu

by IamLisa
December 28, 2021
0

"Ratah tomato begitu saja, tapi tiba-tiba naik ruam merah gatal di pipi." Siapa pernah kena situasi macam ini? Untuk pengetahuan...

Baca Lagi
Foto - The Malaysian Reserve
Makanan

Macam-Macam Tawaran Best foodpanda Sedia Untuk Anda Krismas & Akhir Tahun Ini!

by IamLisa
December 27, 2021
0

foodpanda sediakan pelbagai tawaran menarik sambutan akhir tahun yang pasti membawa kegembiraan dan keseronokan pada anda semua. "Kami begitu teruja...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya
Diva MY

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.