Seorang pramugari Islam, Charee Stanley yang telah berkhidmat selama tiga tahun di syarikat penerbangan Express Georgia kini digantung tugas hanya kerana tidak mahu menghidangkan arak kepada penumpang.
Tindakan tatatertib itu diambil terhadap Charee selepas seorang rakan setugasnya melaporkan keengganan wanita itu kepada pihak atasan syarikat.
Tidak mengalah, Charee pula memfailkan aduan berhubung tindakan majikannya yang didakwa sebagai mengamalkan diskriminasi.
Keenganan Charee menghidangkan arak kepada penumpang berkenaan selepas dia mengetahui adalah haram untuk menjual dan membeli sebarang minuman yang memabukkan, termasuklah kepada orang yang menyediakan arak tersebut.
Sumber – Siakapkeli.my