Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural. Kita disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain, tanpa susu formula lain dan tanpa diberi air masak pun kepada bayi.
Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang.
Walaubagaimanapun, kenapa ‘The Breastfeeding Advocates Network’ (TBAN) memulakan satu inisiatif masyarakat yang dipanggil BFriendly. Ia menggalakkan penerimaan dan promosi susu ibu yang lebih besar? Dalam masyarakat dan komersial, dan tetapan korporat.
Jadi bagaimana orang ramai memainkan peranan dalam perkara ini?
Titik permulaan adalah dengan cara menubuhkan tempat yang ‘breastfeeding friendly’. Tetapi apa yang dimaksudkan dengan persekitaran ‘breastfeeding friendly’?
BFriendly menjelaskan : Persekitaran yang menerima wanita menyusukan bayi dan bersedia untuk menyediakan kawasan peribadi untuk ibu-ibu menyusu. Satu perkara yang pasti, jika anda boleh spot pelekat di mana-mana tempat, ia adalah selamat malah disahkan ‘breastfeeding friendly’.
Jadi, para ibu di luar sana, Wanista sedia membantu dengan menyenaraikan beberapa kafe dan pusat beli-belah di sekitar Lembah Klang yang disahkan sekaligus membolehkan anda menyusukan si kecil dengan selesa.
- Stuff your face, Bangsar
- Marmalade cafe, Bangsar
- Caterpillar Cafe, Hartamas
- Paddington House of Pancakes, The Curve
- Artisan Coffee, Bangsar
- MyElephant, USJ 9
- 90 Degress, Kuantan
- Morningwoood, SS15
- Lorem Ipsum, Bangsar
- Closer Kitchen & Espresso Bar, PJU 7
- Sunway Pyramid
- Paradigm Mall
- Isetan, The Gardens
- Parkson, 1Utama
- Isetan, 1Utama
- Ikano Power Centre
- The Curve