Pameran pelancongan terbesar kembali sekali lagi di Kuala Lumpur pada bulan hadapan!
MATTA fair merupakan pameran tahunan yang bakal berlaku di Putra World Trade Centre (PWTC) di Kuala Lumpur daripada 4 hingga 6 September ini.
Pengunjung bakal memenuhi impian untuk menemui salah seorang ahli Running Man yang akan buat penampilan khas semasa pameran ini!
Menurut Korea Plaza KL, penyanyi rap dan personaliti TV Korea Selatan, Kang Gary bakal menemui peminat tahun ini di MATTA Fair.
Kang Gary (nama sebenar: Kang Hee-gun 강희건) merupakan penulis lagu, produser lagu, penyanyi rap, usahawan, penghibur dan personaliti TV. Dia merupakan pengasas hip-hop duo, LeeSsang. Penyanyi rap ini dikenali sebagai personaliti TV yang popular di rancangan permainan terkenal di Korea, Running Man.
Pernah menjejakkan kaki ke Malaysia semasa persembahan LeeSsang, penyanyi rap ini bakal kembali sekali lagi ke KL sebagai tetamu undangan oleh Korea Tourism Organisation untuk menemui peminatnya di booth Korea MATTA Fair.
Acara ini dilakukan khas untuk peminat yang membeli pakej pelancongan dengan agensi yang terpilih.
Untuk pengetahuan orang ramai, mereka juga berpeluang untuk menemui penyanyi rap kegemaran mereka daripada jauh di tarikh tersebut:
- Tarikh: 5 September 2015.
- Masa: 5:20 petang – 6:00 petang.
- Tempat: PWTC, Kuala Lumpur.
*Semua maklumat adalah tertakluk kepada perubahan.
Peminat yang membeli pakej pelancongan itu berpeluang untuk bersama Gary dalam sesi pengambaran berkumpulan.
Maklumat mengenainya adalah seperti berikut:
- Tarikh: 5 September 2015.
- Masa: 6:00 petang – 6:30 petang.
- Tempat: PWTC, Kuala Lumpur.
Pihak penganjur tidak memberi sebarang pengesahan jika terdapat sebarang persembahan dari Gary.
Selanjutnya, layari laman web Korea Plaza KL’s official dan Facebook page.