Diperkasakan dengan komitmen wanita untuk mengubah masa depan (#changedestiny), jenama penjagaan kulit terulung SK-II telah membuka pintu kepada masa depan baru di SK-II #changedestiny World di Suria KLCC. Ia menandakan tahap baru pergerakan global #changedestiny untuk menginspirasikan dan memperkasakan wanita bagi menjangkaui kekangan dan mengawal masa depan mereka.
Pengalaman pelbagai hari ini turut meraikan kisah #changedestiny SK-II, membawa pengunjung melalui sejarah SK-II yang kaya dengan penemuan saintifik dimulai dengan Facial Treatment Essence dan memperkenalkan inovasi anti-penuaan terbaru, rangkaian SK-II R.N.A (Radical New Age) Power yang menampilkan R.N.A Power dan R.N.A Power Essence.
Bukti Kuasa Pitera, Pada Semua Peringkat Usia
Paksi kepada kisah dan sejarah SK-II #changedestiny ialah SK-II Facial Treatment Essence, yang mengandungi 90% PiteraTM, iaitu bahan khas dihasilkan SK-II. Sejak penemuannya 35 tahun lalu, PiteraTM telah berterusan membantu wanita mendapatkan kulit cerah berseri dengan kesannya terhadap tanda penuaan yang nyata dan tidak nyata.
Keanjalan Alaf Baru dari Setiap Sudut dengan SK-II R.N.A. Power
Pada majlis perasmian SK-II #changedestiny World, SK-II turut melancarkan generasi baru produk anti-penuaan, SK-II R.N.A Power[1]. Tetamu yang hadir adalah antara yang pertama mengetahui keberkesanan teknologi terbaru SK-II tersebut. Bermula daripada sains sel stem kepada sains R.N.A yang baru, rangkaian baru ini menjanjikan wanita pelbagai peringkat usia untuk mengawal masa depan kulit mereka bagi mendapatkan kulit lebih muda, yang anjal secara menegak dan melintang serta kelihatan dan berasa lembut pada setiap sudut.
Satu evolusi daripada teknologi STEMPOWER kepada inovasi terbaru teknologi anti=penuaan, rangkaian R.N.A Power akan menggantikan produk teras dalam rangkaian SK-II sedia ada – STEMPOWER dan STEMPOWER Essence.
Kuasa di Tangan Anda
Bermula dengan kisah #changedestiny SK-II, pengunjung turut mengambil inspirasi daripada Duta Jenama SK-II Malaysia, penyanyi dan penulis lirik terkenal Yuna (Yunalis Mat Zara’ai) yang membuktikan bahawa dengan kesungguhan dan kecekalan, wanita mampu mengawal hidup mereka kearah yang lebih baik.
Sering diejek dan dibuli kerana terlalu kurus sejak zaman persekolahannya, Yuna mengatasi pelbagai rintangan dan kekal dengan identitinya sehingga hari ini apabila menjadi penyanyi bertaraf antarabangsa dengan penghasilan dua album di Amerika Syarikat dan yang ketiga bakal menemui peminat pada 2016.
Pintu-Pintu #changedestiny
#changedestiny World mempunyai empat pintu yang membawa pengunjung ke destinasi berbeza:
- #CHANGEDESTINY VOICES: Perkongsian oleh wanita Malaysia yang berjaya tentang cabaran yang dihadapi serta pandangan mereka terhadap #changedestiny
- #CHANGEDESTINY SECRET KEY: Pelajari tentang rahsia PiteraTM, dan alami bukti keajaiban yang telah merubah takdir wania seluruh dunia
- #CHANGEDESTINY TIMELESS BEAUTY: Memperkenalkan keanjalan dari pelbagai sudut dengan inovasi anti-penuaan terbaru SK-II R.N.A. Power
- #CHANGEDESTINY BEGINNINGS: Sertai pergerakan ini dan nyatakan komitmen anda untuk #changedestiny
SK-II #changedestiny World terletak di ruang legar Suria KLCC. Ia telah dibuka bermula 18 Ogos hingga 23 Ogos 2015, 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
[1] Terdapat di kaunter SK-II seluruh Malaysia mulai Ogos 2015.