Bukan to-do-list anda yang biasa anda selalu lakukan, 9 perkara ini pasti akan membangkitkan pelbagai aspek dalam diri anda.
1. Bawa kenangan silam anda kembali di KidZania

Info: KidZania Kuala Lumpur merupakan tempat edutainment bagi keluarga yang menawarkan pembelajaran yang interaktif tetapi dalam masa yang sama menghiburkan. Daripada sini mereka belajar berpeluang belajar dan mengetahui beberapa pekerjaan melalui role-play.
Harga: KidZania ini khas untuk kanak-kanak, tetapi pada 22 dan 29 Ogos ini, orang dewasa juga berpeluang untuk mengalaminya dengan hanya RM48 (harga awal) dan RM 58 (harga normal).
Lokasi: The Curve, Mutiara Damansara.
2. District 21

Info: Keluasan 70,000 kaki persegi bertemakan Apocalypse, bakal memberikan anda keterujaan dengan pelbagai permainan yang mencabar. Terletak di atrium berhawa dingin 55ft dalam IOI City Mall, Putrajaya. 11 tarikan dan 8 bilik berfungsi, District 21 menawarkan tempat untuk team building dan rombongan sekolah mahupun majlis hari jadi.
Harga: RM50 seorang. Kanak-kanak bawah 90cm dan kurang upaya (kerusi roda) dapat kemasukan percuma.
Lokasi: IOI City Mall, Putrajaya.
3. Jelajah ibu kota bersama pemandu peribadi

Info: Nikmati perjalanan di sekitar Kuala Lumpur!
Harga: Pada bulan Ogos, GrabCar akan memberi diskaun 31% daripada tambang perjalanan.
Lokasi: Mana-mana sahaja yang anda mahu pergi.
4. Pecahkan teka-teki dengan Escape Room

Info: Permainan yang mencabar minda dan skill untuk menyelesaikan masalah melalui puzzle dan cabaran di setiap bilik mengikut tema tersendiri.
Harga: RM36 – 50 seorang.
Lokasi: Johor, Kuala Lumpur, Miri, Klang, Petaling Jaya, Seremban.
5. Realisasikan cita-cita menjadi ‘pilot’ dengan simulator penerbangan

Info: Simulator penerbangan yang memberikan anda pengalaman tentang cara menerbangkan pesawat. Pilot terlatih akan berada di sana untuk membimbing anda dan rakan di atas awan sekitar Malaysia.
Harga: Bergantung kepada pakej, harga bermula daripada RM98 – 280.
Lokasi: eCurve, Mutiara Damansara.
6. Melepaskan geram anda dengan bermain paintball

Info: Permainan yang perlukan sebuah kumpulan untuk bermain antara satu sama lain, mengandungi peluru water-soluble dye dan gelatin yang menutupi peluru tersebut.
Harga: Bergantung kepada berapa ramai dan jumlah peluru. Harga bermula daripada RM 15 -60 (akan jadi lebih murah, jika anda mempunyai alatan tersendiri).
Lokasi: Survey tempat secara online yang berdekatan dengan kawasan anda!
7. Menjadi Iron Man dengan flyboarding di Putrajaya

Info: Merupakan jetpack air yang diperbuat daripada personal wter craft (PWC) yang menjadi bekalan untuk bermain Flyboard dia atas permukaan air.
Harga: Bergantung kepada pakej, harga bermula daripada RM250-400 seorang.
Lokasi: Putrajaya.
8. Mendaki dan menikmati pemandangan di Bukit Tabur

Info: Bawa teman anda mendaki di bukit yang terkenal di Malaysia.
Harga: RM 5 seorang untuk permit mendaki dari Forestry Department.
Lokasi: Taman Melawati, Selangor.
9. Mengingati pejuang-pejuang di Tugu Negara

Info: Monumen yang mengingati perjuangan untuk kemerdekaan daripada tahun 1948 sehingga 1960
Harga: Percuma.
Lokasi: Jalan Parlimen, Kuala Lumpur.
Jangan segan untuk menjadi pelawat di negara sendiri, ini menunjukkan kita bangga menjadi anak Malaysia!