ZALORA, destinasi fesyen talian di Asia mempamerkan koleksi Ready-To-Wear eksklusif di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2015. Acara ini memaparkan 24 penampilan daripada jenama terkemuka atas talian, ZALORA.
Koleksi ZALORA yang terdiri daripada koleksi lelaki dan perempuan, dengan penampilan yang segar, menarik dan direka mengikuti citarasa terkini yang sempurna untuk para penggemar fesyen. Diinspirasi daripada gaya Timur kepada gaya praktikal yang trendi, himpunan ZALORA musim adalah bertemakan identiti yang tersendiri- bergaya, bersahaja dan terkini. Koleksi ini memaparkan gaya ‘high fashion’ melalui tekstur, lapisan, dan garisan yang jitu.
Semua koleksi pakaian, kasut, dan aksesori ZALORA yang telah muncul di KLFW boleh didapati secara eksklusif di laman web rasmi ZALORA Malaysia, www.zalora.com.my dan melalui App ZALORA.