Ingin rambut pendek tetapi sayang mahu dipotongnya. Pada masa yang sama juga rimas dengan rambut panjang yang mengurai, jadi apa alternatif terbaik perlu dilakukan. Medium hair atau rambut separa bahu mungkin terbaik boleh anda lakukan, tetap tampil feminin dan edgy dengan rambut sebegini.
Beach Waves – Untuk yang berdahi agak luas, boleh cuba menambah fringe supaya struktur wajah jadi lebih balance dan manis.
Simply Medium Haircut – Mungkin anda boleh cuba potongan rambut sebegini, kemas dan bersih lurus paras bahu.
Curls – Siapa kata rambut pendek paras bahu tidak boleh dibuat kerinting? Medium hair yang cantik kelihatan makin unik dengan penggayaan kerinting yang membuatnya kelihatan lebih berisi.
Shattered – Shattered style yang sedikit curl di bahagian bawah bakal memberikan sentuhan lain dalam penampilan.
A-Line Layer – Kate Mara tidak pernah bosan bereksperimen dengan rambutnya. Potongan a-line layer dengan menambah sentuhan wavy yang lembut. Unik!
Side Swept Bang – Buat yang ingin mempunyai kesan wajah lebih tirus, medium haircut tepat di bahu dengan belahan fringe memberi kesan kurus pada bahagian bawah dagu.
Ombre Hair – Bukan hanya rambut panjang boleh diwarnakan dengan teknik ombre. Alexa Chung membuktikan rambut parasa bahu ini juga cantik diberi gradasi warna.
[SUMBER]