Seorang gadis 12 tahun di United Kingdom memperolehi markah ujian Mensa IQ yang mengatasi genius seperti, Albert Einstein dan Stephen Hawking, meletakkan beliau dalam kalangan orang elit.
Nicole Barr yang mengambil ujian bersama bapanya beberapa minggu yang lepas, mengalahkan bapanya dengan memiliki 162 markah.
Ibu kepada kanak-kanak berkenaan, Dolly Buckland, 34, berkata Barr sebagai seorang yang tekun dan bercita-cita menjadi doktor.
“Sejak kecil lagi dia sudah dapat mencari kesalahan-kesalahan dalam buku dan majalah. Dia seorang gadis yang periang, penghibur dan penyayang serta selalu meminta kerja sekolah lebih“.
“Dia bertekad untuk menghabiskan persekolahan, pergi ke kolej dan universiti untuk menjadi pakar kanak-kanak,” katanya memetik laporan Rt.com
Pencapaian purata ujian IQ bagi orang dewasa adalah 100 dan individu yang mencapai 140 mata dianggap berada di level genius. Hawking dan Einstein mendapat 160 mata.
Nicole, yang kini berada di tahun ke tujuh di Akademi Burnt Mill di Harlow berkata : “Bila saya dapat tahu saya dapat markah tinggi seperti itu, saya terkejut“.