Seorang usahawan, Deniz Bezdenezhnik telah mencipta Walter’s Coffee Roastery. Ia adalah Coffee Super Lab pertama di dunia, dibuka pada 29 Mac 2015 di Moda, Kadikoy, Istanbul. Rekaan dan konsep kedai kopi ini adalah diilhamkan dari siri TV kegemarannya iaitu “Breaking Bad”.
Deniz mempunyai seorang sepupu yang kelihatan seperti Walter White (protagonis utama dalam “Breaking Bad”); mempunyai cermin mata, kepala botak, misai dan janggut. Beliau dipanggil Heisenberg.
Mereka sedar terdapat kekurangan keaslian dalam industri makanan dan minuman, sehingga mereka membina sebuah kedai kopi berasaskan makmal kimia. Tiada penggunaan rasmi nama, logo, perkara komersial, jenama dan lain-lain. Mereka hanya perlu perkara yang sama bahawa setiap peminat siri TV “Breaking Bad” akan menyukainya!
[Sumber]