Sempena World Breastfeeding Week, semua ibu bapa dijemput menghadirkan diri ke forum PUMP UP! Mummy & Baby Empowered! di Sunway Medical Centre. Forum ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada ibu bapa tentang kebaikan susu ibu.
Sepanjang forum berlangsung, peserta akan diberikan ceramah oleh pakar kanak-kanak perunding, kaunselor bertauliah, pakar diet dan juga ahli psikologi klinikal. Bukan itu sahaja, pelbagai produk terkini yang boleh membantu anda menyusu dengan selesa juga ada di pameran. Juga, jangan lepaskan peluang mengikuti ujian kemahiran bayi dalam Baby Crawling Contest untuk bayi 9-12 bulan dan juga kemahiran memasak dalam Sandwich Making Contest. Menarik bukan?
Yuran pendaftaran bagi forum adalah RM15 bagi setiap pasangan. Borang pendaftaran boleh didapati dalam talian di laman web Sunway Medical Centre, Klinik Sunway Pusat Perubatan di Tingkat 2 dan di Wad Bersalin.
Event : PUMP UP! Mummy & Baby Empowered! Public Forum on Breastfeeding
Tarikh : 8 Ogos 2015 (Sabtu)
Masa : 2.00pm – 5.00pm
Tempat : Swan Convention Centre, 4th Floor, Tower B, Sunway Medical Centre
Sebarang info, anda boleh semak di http://www.sunwaymedical.com.