Destinasi percutian di Filipina anda mungkin akan melencong sedikit kerana anda akan ke stesen minyak Shell di Bohol!
Tandas awam ini dikatakan lebih besar daripada apartment di New York. Dilengkapi dengan majalah, haruman ‘menthol’ dan perabot kayu ketika anda memasuki ruang tersebut. Kejutannya adalah, ia merupakan tandas awam.
Bertujuan untuk menarik pengunjung dan pelancong, pekerja dan pemilik stesen minyak, Rex Carampatana menambah bahawa ia juga bertujuaan untuk memberikan keselesaan terhadap pelanggan dan pengalaman yang unik.
Semua pekerja di Bohol terkejut dengan populariti tandas awam ini, kerana terdapat penduduk tempatan dan pelancong yang berkunjung ke sini sekadar untuk memastikan kebenaran fenomena ini.
Terdapat maklumat lebih lanjut tentang Shell di Filipina disini serta pautan video di bawah untuk tontonan anda: