Tiada alasan jika anda inginkan menurunkan berat badan kerana ia begitu mudah untuk dilakukan. Jika anda mempunyai perut buncit dan ingin kempiskan, kini anda boleh lakukan dalam masa 30 hari sahaja!
7 cara ini bakal membantu anda untuk mencapai perut rata dalam masa 30 hari :
1. Pengurangan pengambilan kalori
Melakukan diet akan memberikan impak pada berat badan anda. Betapa penting untuk menurukan kadar kalori bagi mengurangkan lemak di dalam badan.
Muat turun aplikasi yang menjaga pengambilan makanan seharian atau untuk mengetahui jumlah kalori yang telah diambil oleh anda. Anda akan dapat menjalani diet, jika pengambilan kalori dijaga. Ikuti diet rendah karbohidrat jika anda ingin memiliki perut kempis.
2. Kurangkan pengambilan karbohidrat
Diet anda mungkin perlu dilengkapi dengan karbohidrat yang terdapat daripada produk bijirin ataupun sayuran. Tetapi mungkin anda boleh lebihkan pengambilan sayuran dan kurangkan karbohidrat untuk mendapatkan berat badan yang ideal.
Contohnya makan buah-buahan gantian kepada pengambilan nasi’ atau ‘pasta’. Kandungan serat semulajadi di dalam buah tersebut dapat mengawal lemak yang berlebihan di dalam badan. Jadi, ia akan membantu anda untuk mendapatkan perut kempis dengan cepat.
3. Sarapan pagi bersama protein tinggi!
Makanan yang mengandungi protein tinggi dapat membantu anda menghilangkan lemak badan. Protein menyumbangkan tenaga yang anda perlukan sepanjang hari tetapi tidak memberikan lemak di badan.
Telur ataupun kacang soya merupakan sarapan pagi yang ideal. Tetapi, jika anda bukan seorang yang sukakan makanan berat ketika sarapan pagi, tuangkan air kacang soya atau nikmati tofu untuk mulakan hari anda!
4. Letakkan sup atau yogurt di dalam pemakanan harian
Yogurt dapat membantu anda mengurakan berat badan dan melancarkan sistem pencernaan. Ia juga dapat mengelakkan masalah kembung perut. Manakala, pengambilan sup dalam diet dapat membantu anda dalam menjaga kalori.
5. Penggantian makanan karbohidrat tinggi
Jika anda suka akan makanan karbohidrat yang tinggi, mula gantikan ia dengan karbohidrat yang rendah, seperti, yogurt, keju atau susu rendah karbohidrat. Pengambilan makanan ini perlu diambil dengan cara yang sederhana untuk mendapatkan perut yang rata. Fokus anda adalah untuk menikmati makanan dengan yang betul supaya berat badan anda tidak akan naik.
6. Lakukan senaman kardio
Jika anda selalu mengunjungi gym, mungkin anda perlu lebih fokus dalam melakukan senaman kardio. Ini kerana, ia mampu mengempiskan perut, punca daripada kehilangan lebihan berat badan sekitar perut.
Cuba lakukan senaman kardio ini 5 kali dalam seminggu untuk mendapatkn keputusan yang cepat di sekitar perut anda. Ia juga dapat membakar lemak anda!
7. Lakukan posisi Yoga
Senaman asana dapat membantu anda mengurangkan berat badan. Posisi yoga seperti Vinyasa asana dan planks dapat membantu anda menghilangkan berat badan jika konsisten dilakukan dalam kehidupan harian anda. Ini dapat membantu mengurankan lemak di tempat yang betul. Serta, berjalan selama 30 minit untuk mendapatkan perut rata idaman anda!
[SUMBER]