Memetik kaedah kejam dalam mendapatkan kulit buaya, Jane Birkin telah meminta Hermès untuk mengeluarkan namanya dari beg mewah tersebut.
“Setelah dimaklumkan bahawa amalan kejam yang dialami oleh buaya semasa penyembelihan untuk pengeluaran beg Hermès yang menggunakan nama saya, saya telah meminta Kumpulan Hermès untuk menamakan semula Birkin sehingga amalan yang lebih baik boleh dilaksanakan untuk pengeluaran beg ini, ” kata Birkin dalam satu kenyataan.
Semasa siasatan baru-baru ini, PETA mendedahkan keadaan kejam buaya digunakan dan dibunuh untuk pengeluaran beg Birkin dan barangan mewah lain yang menggunakan kulit buaya. PETA berkata, ia mengambil 2 sehingga 3 ekor buaya untuk membuat satu beg Birkin.
Beg Birkin adalah salah satu beg tangan termewah di dunia. Satu kos Birkin antara $10,000 hingga $150,000 bergantung kepada material yang digunakan.
Difahamkan, beg tangan yang dinamakan sempena Jane Birkin selepas dia bertemu pengerusi Hermès Jean-Louis Dumas dalam kapal terbang pada tahun 1984 dan mengadu tidak mempunyai beg kulit yang baik. Disebabkan itu, Dumas mencipta beg inspirasi daripada Jane Birkin.
[SUMBER]