“Arghh memori penuh! Tapi tak nak padam gambar, sayang la pula.”
Jangan risau, team wanista.com hari ini memberikan anda 10 cara untuk anda selfie tanpa masalah memori penuh!
1. Kesan aplikasi yang paling mengambil ruang memori anda
Tahukah anda dengan beberapa klik sahaja anda boleh kesan aplikasi yang memenuhi tempat di memori anda? Pergi ke Settings > General > Usage, kemudian klik Manage Storage. Daripada sini anda akan membuat pilihan mana satu aplikasi yang anda perlu padam.
2. Buangkan aplikasi yang tidak digunakan
Mungkin ada aplikasi yang hanya menarik minat anda selama lima minit sahaja bukan? Jangan berikan mereka ruang di dalam memori anda dan buangkan ia.
3. Pilihan musik yang tepat
Tanya diri anda sendiri “Adakah lagu ini saya akan dengar selalu?.” Padamkan mana yang anda jarang dengar atau muat turun aplikasi Spotify untuk mendengar semua lagu tanpa memenuhkan memori telefon pintar anda.
4. Maksimumkan ruangan telefon pintar
iOS 8 memberikan anda ruang untuk menyimpan versi foto dan video yang dimaksimumkan di iPhone, sementara yang asli disimpan di akaun iCloud. Pergi ke Settings > Photos & camera > Optimize phone storage, dan anda tidak perlu risau untuk padam apa yang berada di telefon pintar anda itu.
5. Padam pesanan teks yang tidak terkira itu!
Tidak sanggup hendak padam pesanan teks yang sentimental itu? Tetapan di iOS 8 akan membuang semua pesanan teks secara automatik selepas sebulan.
6. Back up gambar dan fail penting anda!
Sama ada memuat turun kandungan ke komputer riba, USB atau menggunakan aplikasi seperti Dropbox untuk menyimpan data-data anda, tidak perlu pertikaikan cara ini jika hendak luaskan ruangan memori di telefon anda itu.
7. Jangan simpan dua versi gambar apabila gunakan HDR
Apabila guna HDR untuk menangkap gambar yang lebih baik, secara automatik ia akan simpan kedua-dua versi gambar tersebut. Pergi ke Settings > Photos & Camera dan nyahpilih menyimpan foto normal untuk memastikan anda tidak gandakan gambar yang diambil itu.
8. Bersihkan browser history
Mungkin bagi anda ia menyusahkan apabila perlu login ke laman sesawang pilihan berulang kali, tetapi dengan bersihkan browser history, memori di telefon bimbit akan mempunyai ruang yang lebih banyak. Pergi ke Settings > Safari > dan tekan Clear Cookies.
9. Jangan simpan gambar Instagram anda secara automatik!
Jangan terkejut instagrammer kalau memori anda penuh! Kepada pengguna yang tegar, gambar yang ditangkap oleh anda itu mempunyai salinan dan adalah penyebab memori anda selalu penuh. Pergi ke settings dan tutupkan fungsi ‘Save Original Photo’.
10. Tutupkan tetapan simpan gambar WhatsApp secara automatik!
Melainkan anda tutup fungsi ini, telefon anda akan menyimpan setiap gambar yang dihantar menerusi WhatsApp. Pergi ke WhatsApp > Settings > Chat settings > Media auto-download.
Sekarang bolehlah anda selfie tanpa risau apa-apa!