Anda tidak tahu mahu menghabiskan masa cuti hujung minggu di mana? Apakata anda berkunjung ke kolam renang awam terbaik sekitar Kuala Lumpur ini bersama keluarga mahupun rakan-rakan.
1. Stadium Chin Woo
Stadium tertutup pelbagai guna ini telah wujud sejak tahun 50-an lagi, tetapi kolam renang nya masih dalam keadaan yang baik dan mendapat kunjungan ramai.
Dewasa (berumur 18 tahun ke atas), Isnin – Jumaat, RM4, Sabtu – Ahad & cuti umum, RM5; kanak-kanak (di bawah 18 tahun), kadar rata RM2.
Jalan Hang Jebat
KL City Centre
Kuala Lumpur
50150
2. PJ Palms Sports Centre
Dengan berjalan kaki selama lima minit dari stesen LRT Taman Jaya, Pusat Sukan ini mempunyai dua kolam renang yang bersih dan dijaga rapi; 50m dengan lapan lorong. Pakaian renang dan tuala untuk disewa juga disediakan.
Isnin – Jumaat, orang dewasa, RM5, kanak-kanak (bawah 12 tahun), RM3; Sabtu – Ahad, orang dewasa, RM6, kanak-kanak, RM4; selepas 6 petang, orang dewasa, RM8, kanak-kanak, RM6. OKU, RM2.
1 Lorong Sultan
Seksyen 52
Taman Jaya
Petaling Jaya
46200
3. National Aquatic Centre
Sebagai sebahagian daripada Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Pusat Akuatik Nasional ini mempunyai kolam renang bersaiz Olimpik, kolam lapan lorong dan kolam latihan menyelam dilengkapi dengan menara drop dan tiga platform. Terdapat juga kelas renang yang ditawarkan oleh D Swim Academy.
Isnin – Jumaat, dewasa, RM4, kanak-kanak (umur 5 hingga 12 tahun), RM2; Sabtu – Ahad, dewasa, RM5, kanak-kanak, RM3.
Level 1
Bukit Jalil National Sports Complex
Sri Petaling
Kuala Lumpur
57700
4. Kompleks Renang Kuala Lumpur
Pada hari yang panas, anda boleh singgah dan berenang di Kompleks Renang ini yang merupakan antara kolam renang terbersih sekitar Kuala Lumpur. Anda juga boleh pergi pada waktu malam untuk mendapatkan sedikit privasi, dimana bilangan orang berkurangan.
Isnin – Jumaat, 2 petang – 5 petang; 6 petang – 9 petang. RM2. Sabtu – Ahad, 9:30 pagi – 12 tengahari; 2 petang – 5 petang; 6 petang – 9 petang. RM3.
Jalan Tenteram
Bandar Tun Razak
Cheras
Kuala Lumpur
56000
5. Kompleks Sukan Bangsar
Kolam renang di Kompleks Sukan ini juga menjadi pilihan warga kota untuk berenang dan bersantai. Namun, peti simpanan tidak disediakan di sini.
Isnin – Jumaat, 9:30 pagi – 12 tengahari; 2 petang – 4.30 petang; 6 petang – 8.30 petang. Isnin – Jumaat RM2, hujung minggu RM3.
Jalan Terasek 3
Bangsar
Kuala Lumpur
59100
[Sumber]