Seorang pustakawan China telah mencuri 143 karya seni dari galerinya sendiri dan menggantikan ia dengan karya palsu yang dihasilkannya sendiri, dia memberitahu sebuah mahkamah – hanya mendapati hasil kerjanya digantikan oleh penipu lain.
Selama hampir lapan tahun menjadi ketua pustakawan di Guangzhou Academy of Fine Arts, Xiao Yuan menggantikan lukisan dan kaligrafi dengan seni dia sendiri dan menjual karya asal, memperolehi hampir 35 yuan, menurut mahkamah.
Antara hasil sini yang diambil oleh Xiao adalah:
1. Karya “Ode to the Motherland” oleh pelukis kurun ke-20, Qi Baishi bernilai sebanyak 72 juta yuan dalam satu lelongan Beijing pada tahun 2012.
2. Karya “Rock and Birds” oleh pelukis kurun ke-17, Bada Shanren yang dianggarkan bernilai 45 juta yuan (RM27 juta)
Pustakawan itu telah menjual sebanyak 125 lukisan dalam lelongan sementara 18 buah lagi dirampas oleh pihak polis berharga 70 juta yuan (RM43 juta), menurut pendakwa raya.
“Semasa siasatan ketika polis menunjukkan kepada saya sekeping gambar bagi lukisan tiruan saya, saya menyedari bahwa 10 tahun sebelumnya seseorang telah menggantikan ia dengan salina mereka sendiri, kerana hasil kerja mereka sangat teruk,” kata beliau dalam rakaman kepada perbicaraan kelmarin dihantar dalam talian oleh Guangzhou People’s Intermediate Court.
Xiao tertangkap apabila bekas pelajar di akademi tersebut ternampak cop universiti di setiap karya-karya seni untuk dijual di Hong Kong.
Beliau mengaku bersalah atas kesalahannya itu dan menyesal atas perbuatan berikut. Xiao meninggalkan universiti tersebut pada 2010.