MTV World Stage Malaysia kembali lagi! Acara muzik yang sangat dinantikan ini bakal berlangsung sekali lagi di Pantai Surf, Sunway Lagoon pada Sabtu 12 September 2015.
Kali ini, MTV World Stage akan menampilkan beberapa barisan penghibur yang akan diumumkan pada minggu-minggu akan datang, termasuk dua antarabangsa, dua serantau dan satu bintang #MostWantedMalaysia akan menyertai MTV World Stage.
Terkini, Kpop idol, Apink dan band Jepun, Sekai No Awari bakal beraksi buat pertama kalinya di MTV World Stage Malaysia di Sunway Lagoon.
“Ini adalah persembahan pertama kami di MTV World Stage. Terima kasih kerana menjemput kami. Kami teruja dapat berjumpa peminat dan pada masa yang sama melihat persembahan daripada artis lain. Kami akan sentiasa cuba untuk memperbaiki diri dan membawakan muzik yang lebih baik” – Apink
“Kami amat gembira untuk mengambil bahagian dalam MTV World Stage. Muzik kami unik dan berharap untuk bertemu peminat kami di Malaysia malah teruja untuk melihat reaksi dari penonton. Jadi sertailah kami di MTV World Stage Malaysia … ia akan menjadi show yang menakjubkan di Kuala Lumpur!” – Sekai No Awari
Untuk update barisan penyanyi yang akan membuat persembahan di MTV World Stage:
Facebook: www.facebook.com/mtvasia
Twitter: www.twitter.com/mtvasia
Instagram: mtvasia
Hashtag: #worldstagemy