Berikutan pengumuman album Blur The Magic Whip, band rock Inggeris akan akan mengadakan konsert secara langsung pada 22 Julai di Hong Kong, bermula 8 malam di CEC Hall.
Bagi memastikan peminat di seluruh Asia dapat menyaksikan konsert tersebut, KKBOX akan menyiarkan tayangan siaran langsung pada masa yang sama di Hong Kong, Taiwan, Jepun, Thailand, Malaysia dan Singapura.
Bagi meneruskan keterujaan, KKBOX telah memaparkan beberapa lagu hit klasik seperti “Song 2″, “Coffee & TV”, “Out Of Time” dan “Tender” serta trek baru dari The Magic Whip termasuk “Lonesome Street”, “Ong Ong” dan “Thought I Was a Spaceman”.
Semak playlist di SINI dan bagi yang ingin menonton secara langsung, anda boleh tonton konsert Blur via KKBOX pada 22 Julai jam 8 malam. Moga Terhibur!