Hari Raya akan tiba tidak lama lagi. Jadi banyak perkara yang perlu diuruskan sebelum, semasa dan selepas musim perayaan ini. Selain daripada membeli-belah, berpuasa, menjamu selera dan merancang perjalanan balik kampung, aspek keselamatan tidak wajar diabaikan begitu sahaja.
Biarpun begitu, kita sering tidak mengambil berat terhadap aspek keselamatan terutama berkaitan aset-aset dalam talian seperti identiti diri, data, maklumat kewangan, pembayaran dalam talian dan akaun-akaun media sosial.
Kaspersky Lab, salah sebuah syarikat keselamatan siber yang paling pantas berkembang dan dimiliki secara peribadi terbesar di dunia ingin berkongsi beberapa tip berguna. Ini bagi memastikan anda sentiasa selamat pada Hari Raya ini menerusi produk-produk penyelesaian keselamatannya yang memenangi anugerah.
Dengan memasang perisian anti-malware yang efektif, anda boleh mengelakkan PC dan telefon pintar daripada serangan Trojan. Perisian anti-malware yang bagus seperti Kaspersky Internet Security 2015 akan mengesan dan menghalang Trojan daripada menyerang PC anda. Sementara Kaspersky Mobile Security pula mampu menawarkan perlindungan virus bertaraf dunia untuk telefon pintar Android.
Anda boleh mengelak daripada menjadi mangsa dengan menggunakan Kaspersky Internet Security 2015 URL Advisor. Apabila anda melayari internet, URL Advisor Kaspersky yang telah dikemas kini akan menambah tag berdasarkan warrna ke atas semua pautan laman web pada senarai carian – ia bagi memberi amaran kepada anda mengenai tahap bahaya pautan-pautan tersebut.
Kaspersky Internet Security 2015 juga menawarkan lapisan perlindungan tambahan sewaktu anda melakukan transaksi kewangan, seperti perbankan dan pembelian dalam talian. Ini kerana ia menggunakan sistem pembayaran Unique Safe Money Technology.
Teknologi termaju anti-phishing Kaspersky Internet Security 2015 secara proaktif mengesan URL palsu dan menggunakan maklumat pada masa sebenar daripada storan awan. Ini bagi memastikan anda tidak ditipu dan mendedahkan data-data penting kepada laman web palsu tersebut.
Ciri baharu Wi-Fi Security Notification yang ada pada Kaspersky Lab Internet Security 2015 akan mengenal pasti tahap keselamatan sambungan Wi-Fi yang anda gunakan secara automatik. Ia akan memeriksa dan memberi amaran mengenai potensi risiko dengan mencadangkan supaya anda mengubah tetapan keselamatan.