Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Berita & Isu Semasa

Restoran Makanan Segera & Gerai 24 Jam Tempat Tumpuan Kaki Ponteng Puasa

by Lisa AG
July 13, 2015
6000islands.com

6000islands.com

26
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Menurut laporan The Rakyat Post, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Wan Jaafar Wan Ahmad berkata lima lokasi disekitar Kuala Lumpur sudah dikenalpasti menjadi tempat tumpuan geng plastik hitam ini membeli makanan pada waktu siang.

Berdasarkan maklumat dan risikan anggota mereka, lokasi yang dikenal pasti ialah di Jalan Semarak, Pusat Bandar Damansara, Bukit Bintang, Wangsa Maju dan Bandar Permaisuri, Cheras.

“Berdasarkan pemerhatian kami, mereka memilih untuk beli dan makan di restoran makanan segera dan kedai makan 24 jam kerana khidmat yang ditawarkan lebih cepat serta tiada yang berani mempersoalkan tindakan mereka.

“Bagaimanapun ada juga yang berani makan di gerai-gerai tepi jalan dengan selamba tanpa rasa segan. Mereka langsung tidak menghormati bulan Ramadan,” katanya.

Pihak JAWI telah sehingga kini telah menahan seramai 28 individu berumur dalam lingkungan 18-53 tahun kerana merokok, makan di khalayak ramai dan menjual makanan kepada umat Islam. Seperti biasa alasan yang diberikan oleh mereka selepas ditangkap ialah sakit dan terpaksa mengambil ubat berjadual atau tidak sempat bersahur.

“Ada juga yang beri alasan bekerja sebagai buruh di tempat pembinaan, pemandu yang sedang bermusafir dan sakit gastrik.

IKLAN

“Bagaimanapun kita tidak mempersoalkan perkara itu, yang kami ambil tindakan kerana mereka tidak menghormati bulan suci ini dengan makan di tempat awam,” katanya.

Bagi perniaga pula mereka memberikan alasan bahawa jika gerai makanan mereka tidak dibukan sumber pendapatan mereka akan terjejas.

“Ada antara mereka mengambil kesempatan buka gerai untuk jual kepada bukan Islam tetapi bila kita periksa kuantiti yang dimasak banyak seperti hari biasa,” katanya.

Individu yang ditahan atas kesalahan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 15a dan b Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda tidak lebih RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Siakapkeli.my

Tags: fast foodgerai 24 jamkaki ponteng puasakedai mamakponteng puasarestoran makanan segera
Share10SendShare

IKLAN

Artikel Berkaitan

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan
Berita & Isu Semasa

“Terharunya!”- Netizen Tabik Abang Sanggup Dukung Pengantin Perempuan Ketika Majlis Perkahwinan

December 27, 2021
#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas
Berita & Isu Semasa

#NCTzenBantu: Peminat K-Pop NCT Buat Tabung Banjir, Nekad Mahu Bantu Mangsa Yang Terjejas

December 20, 2021
#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup
Berita & Isu Semasa

#DaruratBanjir: Senarai 71 Jalan Utama & Lebuhraya Di Selangor Yang Ditutup

December 20, 2021
“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…
Berita & Isu Semasa

“Otak Boleh Rosak!”- Akui Tonton Pornografi Sejak Kecil, Billie Eilish Dedah Ini Kesannya…

December 16, 2021
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    [ Hiburan ] Pelakon Jeslina Hashim sah bercerai talak satu

  2. 2

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Patut Tekan Lain Rasa Lain, Ini Rupanya Fungsi Setiap Butang Remote Aircond

  5. 5

    Love Bite? Ini Cara Berkesan Untuk Hilangkannya!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@diva.my




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.