Teruja? MTV World Stage Malaysia kembali lagi! Acara muzik yang sangat dinantikan ini bakal berlangsung sekali lagi di Pantai Surf, Sunway Lagoon pada Sabtu 12 September 2015.
Kali ini, MTV World Stage akan menampilkan beberapa barisan penghibur yang akan diumumkan pada minggu-minggu akan datang, termasuk dua antarabangsa, dua serantau dan satu bintang #MostWantedMalaysia akan menyertai MTV World Stage.
Pas MTV World Stage tidak ada untuk dijual dan peminat boleh menangi melalui pertandingan yang akan dilancarkan pada 28 Julai. Butiran akan diumumkan pada minggu-minggu akan datang jadi sentiasa update di laman web MTV World Stage Malaysia 2015.