Tiada siapa yang mudah lupa akan cinta pertama mereka — perasaan teruja, digabungkan dengan debaran jantung yang lebih pantas setiap kali ternampak kelibat si dia. Ada pepatah yang berbunyi, “Bila sudah jatuh cinta, semuanya indah belaka.”
Kini, anda boleh nyalakan api cinta dengan rangkaian Revlon serba baharu Gincu Bibir Ultra HD™ (Revlon Ultra HD™ Lipstick) dan Lip Lacquer Ultra HD™ (Revlon Ultra HD™ Lip Lacquer). Dengan rangkaian pelbagai warna yang menghiasi bibir anda supaya tampil lebih cantik, berani dan menarik, anda boleh membiarkan cinta merangsang imaginasi anda dan membawa anda ke dunia yang indah.
Daripada barisan produk tunggal, iaitu pengilat kuku, kini menjadi kosmetik warna global dan jenama penjagaan kecantikan selebriti, Revlon berjaya dan kekal menempuh zaman sejak tahun 1932. Menawarkan glamor, keterujaan dan inovasi dengan produk-produk berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan, produk Revlon boleh didapati di meja solek dan beg solek para wanita glamor di seluruh dunia.
Serlahkan mood anda pada bibirmu. Gincu Bibir Ultra HD™ dan Lip Lacquer Ultra HD™ mempunyai teknologi gel bebas-lilin yang patennya masih menunggu kelulusan. Gincu hebat ini memberi warna jelas dengan pigmen warna, memberi anda warna hebat yang berkilat serta menawan tanpa rasa kurang selesa yang sering dikaitkan dengan produk bibir konvensional.
Untuk tampil dalam bibir yang matte yang menawan pada waktu siang, Gincu Bibir Ultra HD™ adalah satu kemestian di dalam beg tangan setiap wanita. Ia memberikan liputan yang kemas serta penuh buat bibir anda, warna kekal terang dan berseri, lengkap dengan kesan matte. Dengan satu sapuan yang licin, anda boleh memiliki warna yang berdefinisi tinggi dan tetap menawan perhatian.
Sekiranya anda meminati pewarna bibir cecair yang berkilau dan mengasyikkan, Lip Lacquer Ultra HD™ tentu sekali tidak mengecewakan, dengan warna sebenar yang terang, bersinar dan berimpak tinggi dengan rasa ringan selesa. Sentiasa selicin sutera namun tidak melekit, formula unik yang mudah dioles dengan berus aplikator berilham profesional, supaya anda boleh mempunyai bibir mungil yang seksi sempurna, walaupun dilihat dari dekat.
Kempen global “Love in On™” Revlon melengkapkan pelancaran Gincu Bibir Ultra HD™ dan Lip Lacquer Ultra HD™. Revlon mempunyai misi untuk memberi inspirasi cinta dan menghubungkan dengan orang di seluruh dunia. Love is on™ membawa makna yang lebih mendalam bagi wanita, bukan hanya sekadar slogan.
Gincu Bibir Ultra HD™ dan Lip Lacquer Ultra HD™ didapati dalam warna definisi tinggi yang masing-masing dinamakan mengikut nama bunga dan batu permata. Revlon menamakan rangkaian Ultra HD™ sempena nama bunga dan batu permata sebagai penghormatan kepada mereka yang menggunakan Revlon, serta menyanjungi mereka yang menawan dan glamor seperti bunga-bunga dan batu permata tersebut.
Gincu Bibir Ultra HD™ ini didapati dalam lapan warna berdefinisi tinggi yang dinamakan mengikut bunga dari seluruh dunia. Warna-warnanya adalah HD Gladiolus, HD Hydrangea, HD Azalea, HD Poinsettia, HD Tulip, HD Hibiscus, HD Orchid, dan HD Petunia. Harga runcit yang disyorkan bagi setiap gincu adalah RM35.90.
Bagi mencerminkan sinaran berimpak tinggi, enam warna definisi tinggi bagi Lip Lacquer Ultra HD™ dinamakan mengikut batu permata; seperti HD Pink Ruby, HD Garnet, HD Petalite, HD Strawberry Topaz, HD Smoky Quartz, dan HD Pink Sapphire. Setiap lakuer bibir ini dijual pada harga runcit yang disyorkan RM35.90.
Untuk mengetahui mana satu warna HD Gincu Bibir Ultra HD™ dan Lip Lacquer Ultra HD™ Revlon yang sesuai dengan bibir atau perwatakan anda, lihat dan cubalah di farmasi utama dan kedai-kedai runcit di seluruh negara!