Diadakan dari 3 sehingga 5 Julai, Hong Kong Dragon Boat Carnival adalah salah satu peristiwa yang paling hangat musim panas di Hong Kong.
Dianjurkan oleh Hong Kong China Dragon Boat Association (HKCDBA) dan Hong Kong Tourism Board (HKTB), apatah lagi ditaja oleh Mega Events Fund, karnival ini mempunyai dua program utama iaitu CCB (Asia) Hong Kong International Dragon Boat Races, yang akan mengambil tempat di Victoria Harbour, dan San Miguel BeerFest di UC Centenary Garden, East Tsim Sha Tsui.
Hong Kong Dragon Boat Carnival adalah program utama dalam promosi musim panas tahunan HKTB, dalam menarik pelawat dari seluruh dunia datang merasai pengalaman ini. Tahun ini tema kempen musim panas adalah ‘SHOP EAT PLAY’. Dengan pelbagai aktiviti menarik tanpa henti sama ada darat mahupun air, karnival tiga hari ini adalah satu peluang besar untuk kedua-dua pelawat luar dan tempatan untuk PLAY dan bersenang-lenang.
Info lanjut, anda boleh ke www.DiscoverHongKong.com/DragonBoat.