Hong Kong mengalu-alukan anda ke 2015 Hong Kong Summer Fun dengan keseronokan tanpa henti dari sekarang sehingga 31 Ogos. Selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, pelawat boleh menebus hadiah percuma di booth Hong Kong Summer Fun sebaik tiba! Sepanjang kempen Hong Kong Summer Fun, pelawat boleh menikmati tawaran eksklusif membeli-belah, makan, hotel dan tarikan melalui “Shop Eat Play VIP Card”.
Malah, sebelum meninggalkan Hong Kong, pelawat bertuah boleh mengambil bahagian dalam cabutan bertuah Return to Hong Kong like a Millionaire. 10 pemenang boleh membawa seorang sahaja yang tersayang melalui perjalanan mewah selama empat hari tiga malam ke Hong Kong.
Mencipta kenangan yang berkekalan dengan keluarga apabila melawat tarikan terbaru Hong Kong yang pasti akan menghiburkan kanak-kanak. Luangkan masa yang mencabar bersama keluarga di :
- Repulse Bay Visual Art Museum
- Hong Kong 3D Light Show
- Trick Eye Museum
- Lover’s Rock
- Ocean Park
- Hong Kong Disneyland
- Madame Tussauds
Repulse Bay and Repulse Bay Visual Art Museum
Terletak di kawasan kediaman mewah yang bermandikan matahari, Repulse Bay membuatkan anda rasa seperti berada di resort, dengan pantai yang popular di kalangan penduduk tempatan dan pelawat. Bukan itu sahaja, ianya sangat sesuai untuk anda berjalan di pagi hari ketika matahari naik ataupun waktu matahari terbenam. Pantai berbentuk bulan sabit merupakan salah satu yang paling indah di Hong Kong.
Rumah Kelab Hong Kong Life Saving Society dibina dalam gaya tradisional Cina dengan siling dihiasi naga berpusar megah. Menjulang patung berkembar dewa-dewa Kwun Yam dan Tin Hau menguasai taman-taman yang indah yang membawa ke pantai. Berdekatan bangunan gaya-kolonial, terdapat The Repulse Bay dengan kedai rumah berjenama dan restoran bertaraf anugerah dan menyerupai hotel mewah dibina pada tahun 1920.
Lawati Repulse Bay Visual Art Museum untuk menikmati pengalaman seni 3D dan juga matahari dan laut di pantai Repulse Bay yang terkenal. Muzium ini merupakan yang terbesar seumpamanya di Hong Kong dengan keluasan lebih 23,000 kaki persegi. Memaparkan lukisan 3D dan karya seni digital, ia adalah destinasi wajib anda pergi seisi keluarga daripada semua peringkat umur untuk menikmati pengalaman seni ilusi optik. Info lebih lanjut, anda boleh ke Repulse Bay Beach.
Alamat – Beach Road, Repulse Bay, Hong Kong Island
Hong Kong Pulse 3D Light Show
Nikmati saat yang bernar-benar ajaib dalam bentuk pertunjukan cahaya 3D yang menakjubkan dengan kesan audio visual di bangunan ikonik Pusat Kebudayaan Hong Kong dan Menara Jam di Tsim Sha Tsui. Ini merupakan pengalaman yang menyeronokkan dan bertepatan dengan Hong Kong Summer Fun, Hong Kong Winterfest dan perayaan Tahun Baru Cina. Sebarang maklumat lanjut, anda boleh ke Hong Kong Pulse 3D Light Show.
Trick Eye Museum
Trick Eye Museum mempunyai lukisan pada permukaan dataran yang ajaib kelihatan tiga dimensi dengan menggunakan ilusi optik. Muzium ini mempunyai kira-kira 50 lukisan ilusi optik dan pemasangan lebih lima zon bertema yang berbeza: World of Masterpieces, Hong Kong Discovery, Secret Garden, Great Adventure dan Neverland. Datang dan lihat serta rasai pengalaman sendiri berada di Trick Eye Museum. Layari laman web Trick Eye Museum untuk maklumat lanjut.
Alamat – Level 3, The Peak Galleria, The Peak, Central, Hong Kong
Hong Kong Disneyland
Musim panas ini anda berpeluang melawat kampung yang sungguh mempesonakan “Frozen” Village! Menariknya, di sini dimulai dengan pengembaraan persembahan muzik khas yang memaparkan Queen Elsa, Princess Anna dan Kristoff. Nikmati lagu kesukaan ramai Frozen dan menjadi sebahagian dalam kemuncak Let it Go!
Selain persembahan, anda dijemput untuk melangkah ke Village dan melibatkan diri ke dalam keajaiban musim sejuk. Anda boleh bermain salji, membina orang salji dan juga mencuba menaiki permainan luncur ais yang menyeronokkan! Olaf salji juga tidak sabar-sabar menunggu pelukan hangat daripada anda. Untuk penginapan, anda boleh mencuba pelbagai masakan tempatan yang lazat atau mengambil cenderahati unik atau dua daripada destinasi.
Tema : Welcome to the “Frozen” Village!
Tarikh : 11 Jun sehingga 30 Ogos 2015
Lover’s Rock
Terletak di Bowen Road, menghadap ke Wan Chai dan Happy Valley. Berbentuk phallic prominence, terbungkus dengan prayer-papers, difahamkan bakal pengantin akan datang ke sini untuk berdoa bagi mendapatkan calon suami yang layak dan waris lelaki. Cara yang paling mudah untuk sampai ke sini adalah dengan mengambil bas mini hijau 24A dari stesen bas Admiralty. Turun di perhentian (Shiu Fai Tce) dan berjalan di belakang kompleks perumahan.
Alamat – Off Bowen Rd, Wan Chai
Ocean Park Hong Kong
Musim panas ini, LINE FRIENDS seperti Brown, Cony dan Sally akan datang bagi memeriahkan pesta air di Ocean Park! Sertai mereka di LINE-themed water party indoor yang pertama di Asia! Alami segalanya seperti maze, slide, waterfall swings dan disco foam party, ataupun perang air bersama kawan anda! Sudah tentu anda akan mengambil seberapa banyak gambar dengan LINE FRIENDS, malah berpeluang membawa peluang barangan LINE kegemaran anda di LINE pop-up store.
Mencari keseronokan lain? Di Waterfront Plaza, sebuah persembahan tarian penuh bertenaga dengan tunggangan popular seperti The Rapids dan Raging River sehingga melahirkan lebih gelombang daripada biasa malah kanak-kanak boleh bermain di taman permainan air khas mereka sendiri. Ia adalah masa untuk bersenang-lenang di bawah matahari dengan LINE FRIENDS di Ocean Park!
Tema : Ocean Park Summer Splash 2015
Tarikh : 1 Julai sehingga 30 Ogos 2015
Madame Tussauds
Melangkah ke dua zon yang baru dilancarkan di Madame Tussauds Summer ini! Belajar seni mempertahankan diri di Zon ‘Kung Fu’ dengan Jackie Chan dalam ‘Drunken Master’, melawan bersama-sama dengan Michelle Yeoh dalam ‘Crouching Tiger, Hidden Dragon’. Cuba mencabar Donnie Yen dalam kostum Ip Man atau kung fu master Bruce Lee.
Bukan itu sahaja, peminat boleh memuaskan keinginan yang tidak pernah puas mereka pada selebriti Korea kegemaran mereka dengan lebih dekat lagi. Di Zon K-Wave, seramai tujuh selebriti Korea dipamerkan seperti Kim Soo-hyun, pelakon utama siri My Love dari Star, U-Know Yun-ho dan Max Changmin dari TVXQ, Nichkhun Horvejkul, penyanyi dan rapper dari 2PM, dan Bae Yong-Joon dikenali untuk peranannya dalam drama Winter Sonata.
Tarikh – Tersedia
“Bawa keluarga dan rakan-rakan anda bermain permainan make-believe di Hong Kong Trick Eye Museum! Trick Eye Museum mempunyai lukisan ilusi optik yang besar yang akan mengaburi mata dan kanta kamera melalui ilusi optik. Seperti yang anda lihat, saya mengalami keseronokan dengan lukisan ilusi optik yang nyata malah seakan-akan hidup,” jelas Dynas Mokhtar.
Hong Kong menawarkan anda yang terbaik untuk musim panas ini yang anda tidak harus ketinggalan! Untuk maklumat lanjut, pergi ke DiscoverHongKong.com.