Honor, jika anda tidak tahu, adalah jenama yang Huawei gunakan untuk menjual beberapa telefon di Eropah dan ia adalah nama yang dikaitkan dengan Honor 6 Plus. Sebuah telefon pintar Android 5.5-inci dengan paparan HD penuh, pemproses OCTA-core dan dual kamera 8-megapiksel, ia mempunyai semua yang anda perlukan untuk menghadapi rangkaian sosial dengan harga yang rendah.
Telefon Pintar Huawei Honor 6 Plus ini dilengkapi dengan pelbagai komponen dengan spesifikasi tertinggi. Bermula dari cip pemprosesan, telefon ini menggunakan cip Kirin 925 lapan teras 1.8GHz dengan memori 3GB RAM.
Selain itu, ia mempunyai paparan skrin bersaiz 5.5-inci HD penuh 1920×1080 pixel dan dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 3, dengan rekabentuk yang sedikit tebal, namun masih selesa dipegang dan muat pada poket. Honor 6 Plus selain hadir dengan fungsi pengecasan pantas, peranti ini turut menekankan penggunaan tenaga yang optima, sekaligus menjimatkan tenaga sehingga 30%. Telefon ini mempunyai kapasiti bateri sebesar 3600 mAh dan didatangkan dengan fungsi penjimatan tenaga SmartPower 2.5.
Meskipun telefon ini didatangkan dengan Android 4.4.2 KitKat, dengan paparan antaramuka yang dibangunkan oleh Honor sendiri iaitu EmotionUI 3.0, ia turut membawa kelainan dan kekemasan tersendiri padanya.
Dari segi penyimpanan, telefon ini hadir dengan kapasiti tersedia yang besar, iaitu 32GB dan boleh ditambah melalui slot kad Mikro-SD sehingga 128GB. Namun sekiranya anda menambah kapasiti storan menggunakan kad Mikro-SD, anda tidak akan dapat menggunakan kad SIM kedua pada dulang tersebut yang menggunakan Nano-SIM. Telefon ini turut menyokong 4G LTE.
Namun bagi penulis sendiri, perkara yang paling menarik mengenai telefon pintar ini adalah dari segi kekuasaan kameranya, yang menyertakan dua lensa 8-MP yang berupaya merakam gambar sehingga menyamai resolusi 13-MP.
Dengan fungsi SmartImage 2.5, ia juga berkebolehan untuk memfokus dengan pantas. Sekiranya anda penggemar fotografi, kameranya mempunyai nilai f/0.95- f/2.6 wide aperture, sekaligus memudahkan anda untuk merakam gambar-gambar dengan efek ‘bokeh’. Terdapat pelbagai juga efek lain seperti selfie panorama dan Beauty.
Selfie yang terhasil menggunakan kamera hadapannya adalah berkualiti tinggi dan cukup memuaskan. Bagi penulis, feature ini adalah yang terbaik dari telefon pintar Huawei Honor 6 Plus khusus buat mereka yang gemarkan fotografi dan juga selfie.
Rujukan spesifikasi: amanz.my