Bukan sahaja wanita yang sukakan trend rambut berwarna-warni, malahan kini kaum lelaki turut mempunyai keinginan yang sana atas dasar keseronokan dan mungkin juga glamor!
Dalam trend terbaharu yang dikenali sebagai trend “Merman” (ikan duyung lelaki), kelihatan para lelaki yang mewarnakan rambut, misai dan jambang mereka dengan warna-warna terang dan menonjol seperti biru, hijau, merah jambu dan ungu.
Apa yang anda fikir tentang trend ini — seksi atau sebaliknya?
Sumber: boredpanda.com & elitedaily.com