Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan aktiviti mendaki di Gunung Kinabali akan dibuka semula pada September depan. Namun pada peringkat permulaannya, kapasiti akan dikurangkan daripada 192 pendaki kepada 90 pendaki.
“Keselamatan pendaki menjadi keutamaan. Kita tidak mahu mengambil risiko mengambil jumlah biasa. Ini yang kita khuatir akan melambatkan kerja pembaikan. Bukan itu sahaja, kerja-kerja pembaikan ini juga tertakluk kepada tidak ada lagi gegaran susulan.
“Tetapi, nampaknya gegaran susulan masih lagi aktif dan sehingga semalam, sebanyak 91 gegaran susulan direkodkan,” katanya.
Sumber – Siakapkeli.my