“Life Hacks” telah menyumbang kepada kehidupan insan sejak ciptaan perkataan tersebut. Ia merupakan tip-tip mudah untuk menyenangkan sebarang kerja harian. Revolusi pelembap badan, NIVEA In-Shower Body Lotion sekarang memberi “skin hack” untuk memudahkan penjagaan kulit badan bagi wanita memiliki kulit yang lembut berkilau setiap hari.
Menjelang Ramadhan dan Hari Raya, kebanyakan wanita merasakan bahawa mereka perlu menampilkan imej terbaik untuk menyambut musim perayaan istimewa tersebut. “Skin hacks” yang berkesan ini adalah jawapan kepada wanita yang ingin memiliki kulit yang lembut berkilau dan menakjubkan!
NIVEA menemui faktor mengapa wanita Malaysia tidak memakai losyen badan setiap hari. Ini adalah kerana ketidakselesaan bila memakai losyen badan biasa, terutamanya dalam cuaca Malaysia yang panas dan lembap.
Dengan formula NIVEA In-Shower Body Lotion yang diaktifkan oleh air, kebaikan pelembap ini cepat meresap ke dalam kulit semasa pori-pori terbuka sewaktu mandi. Pengguna akan mendapat kulit yang lembut berkilau dengan serta-merta, tanpa rasa melekit sepanjang hari. Ia telah terbukti bahawa kulit dapat dilembapkan secara signifikan lebih daripada 24 jam selepas sekali aplikasi NIVEA In-Shower Body Lotion.
Bagi memenuhi keperluan penjagaan kulit wanita dalam Ramadhan dan Syawal, berikut adalah beberapa contoh “skin hacks” berguna yang dibawakan khusus daripada NIVEA In-Shower Body Lotion:
1. Cara mudah untuk mendapatkan lembapan ekstra
Masalah kulit yang biasanya dihadapi oleh kebanyakan wanita semasa bulan Ramadhan adalah kulit yang kering dan dehidrat. Ini berpunca daripada tidak mendapat air yang mencukupi sepanjang hari. Ingin melembapkan kulit, tetapi losyen membuatkan kulit rasa melekit? NIVEA In-Shower Body Lotion adalah jawapanya. Sapukannya setiap kali semasa mandi pagi, sebelum iftar dan sebelum tidur. Ia akan membantu melembapkan kulit, tanpa rasa melekit!
2. Kulit lembut tanpa rasa melekit ketika ke Bazaar Ramadhan
Salah satu perkara yang kita teruja dalam bulan Ramadhan adalah kepelbagaian juadah enak yang menanti di Bazaar Ramadhan. Jadikan ia satu pengalaman yang menyeronokkan dengan NIVEA In-Shower Body Lotion. Tidak seperti losyen yang biasa, NIVEA In-Shower Body Lotion memastikan kulit anda tidak rasa melekit dan hanya terasa lembut berkilau. Sapukannya pada kulit basah anda semasa mandi, kemudian bilaskan dengan segera. Selepas itu, anda boleh berjalan-jalan di Bazaar dengan selesa.
3. Menyambut Raya dengan kulit yang menawan
Daripada aktiviti membeli baju raya, mencari kuih raya sehinggalah menghias rumah, semua aktiviti itu memenatkan dan menyebabkan anda tiada masa untuk menjaga kulit. Usah risau lagi, NIVEA In-Shower Body Lotion akan membantu anda mendapatkan kulit yang lembut berkilau dalam beberapa saat! Sapukannya pada kulit basah anda semasa mandi, kemudian bilaskan. Sekarang anda tidak perlu mengabaikan pelembapan seluruh badan, anda boleh memiliki kulit yang lembut berkilau, semestinya kelihatan menawan dengan baju raya baharu.
4. Tiada lagi baju melekat dan kulit badan melekit
Majlis rumah terbuka pada bulan Syawal kadangkala diadakan dari pagi hingga ke malam. Dalam cuaca yang lembap, ia akan menyebabkan badan tidak selesa, baju mulai melekat kepada badan dan merasa melekit disebabkan losyen badan. Jangan rosakkan masa berharga bersama sanak saudara atas sebab-sebab berikut. Gunakan NIVEA In-Shower Body Lotion semasa mandi, sebelum pergi melawat sanak saudara. Dengan ini, anda akan tampil dengan penampilan menarik, apabila anda bersalaman dengan kulit yang lembut berkilau, dan juga berasa yakin dan selesa sepanjang masa.
Anda dapat memiliki kulit yang lembut berkilau dengan mudah di bulan Ramadhan dan Syawal tahun ini dengan “skin hacks” yang dibawakan oleh NIVEA In-Shower Body Lotion. Dapatkan segera di pasaran sekarang!
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai “skin hacks” daripada NIVEA In-Shower Body Lotion untuk Ramadhan dan Hari Raya ini, sila layari www.facebook.com/myNIVEA, atau layari #NIVEASkinHacks di Facebook dan Instagram.