Hari ini kami ingin tunjukkan kepada anda semua satu resepi biskut Raya kegemaran ramai iaitu Biskut Florentine / Krunchy Karamel Almond! Biskut ini yang rangup dengan rasa manis-manis cukup memikat selera semua, sekali rasa pasti mahu lagi. Daripada anda beli biskut ini di luar yang harganya agak mahal, lebih baik kiranya anda cuba membuatnya sendiri. Mudah!
Terima kasih kepada azlitamasammanis.com kerana sudi berkongsi resepi ini.
Bahan-Bahan
200 g tepung Florenta
200 g badam keping
100 g kuaci hitam
20 g bijan hitam
*Anda boleh juga guna biji bunga matahari mengikut citarasa
Cara-Cara Penyediaan
- Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160°C selama 5 minit.
- Satukan semua bahan seperti yang tertera di atas ke dalam bekas. Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna.
- Sediakan loyang 14×14 inc, alaskan loyang dengan kertas kek sahaja.
- Panaskan oven pada suhu 160°C.
- Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis.
- Bakar dalam oven selama 10 minit.
- Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan.
- Simpan dalam bekas kedap udara.
- Siap!