Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
No Result
View All Result
Diva MY
No Result
View All Result
Home Ramadan & Aidilfitri

[Ramadhan 2015] 11 Bazaar Ramadhan Wajib Pergi Sekitar Lembah Klang

by Ayu Nadirah
June 18, 2015
[Ramadhan 2015] 11 Bazaar Ramadhan Wajib Pergi Sekitar Lembah Klang

Kredit foto: worldwideavailability.wordpress.com

1.1k
KONGSIAN
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Bulan Ramadhan telah tiba lagi, dan selain menghayati ibadah puasa, kami yakin ramai juga rakyat Malaysia yang ternanti-nantikan Bazaar Ramadhan, bukan? Apabila menyebut tentang Bazaar Ramadhan, pasti kita semua terbayangkan pelbagai juadah menarik dan sedap ditawarkan oleh peniaga, dari lauk-pauk hinggalah hidangan pemanis mulut seperti kuih-muih.

Edisi Ramadhan kali ini, kami ingin bawakan kepada anda beberapa Bazaar Ramadhan terbaik sekitar Lembah Klang yang wajib anda pergi tahun ini.

Bazaar Ramadhan yang kami kongsikan ini merupakan Bazaar yang terkenal dan paling ramai dikunjungi dek kepelbagaian juadah yang ditawarkan.

1. Jalan Tuanku Abdul Rahman

Bazaar di Jalan TAR sememangnya menjadi tumpuan warga kota sejak dahulu lagi, mungkin kerana ia berada di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Selain itu, di sini juga terkenal dengan pelbagai juadah yang dijual dengan harga yang murah. Antara juadah yang menarik perhatian ramai adalah Cendol dan Air Mata Kucing yang dikatakan dijual dengan harga serendah RM2!

jalan TAR
Kredit foto: azneyshamsuddin.com

2. Taman Melawati

Kelebihan Bazaar ini adalah dikatakan bahawa anda boleh berjumpa dengan ramai artis tempatan yang membuka gerai jualan di sini. Bazaar Ramadhan ini juga luas dan mempunyai banyak gerai yang menawarkan pelbagai jenis juadah, dan antara juadah yang terkenal di sini adalah Jack Biri-Biri Stew Grill Power!

Kredit foto: eyriqazz.com
Kredit foto: eyriqazz.com

3. Kampung Baru

Bazaar Ramadhan di Kampung Baru juga terkenal dalam kalangan penduduk kota. Bazaar ini menempatkan kira-kira 150 gerai dan antara juadah kegemaran ramai di sini adalah Bubur Lambuk, Roti John dan Putu Bamboo.

Kredit foto: adibrawi.com
Kredit foto: adibrawi.com

4. Taman Tun Dr. Ismail

Bazaar Ramadhan yang terletak di Jalan Tun Mohd Fuad 3 ini juga sangat terkenal dan menawarkan pelbagai juadah istimewa seperti Tepung Pelita, Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah dan juga Popiah.

Kredit foto: ainstormz.blogspot.com
Kredit foto: ainstormz.blogspot.com

5. Jalan Telawi, Bangsar

Bazaar Ramadhan Jalan Telawi, Bangsar ini terletak di hadapan Masjid Bangsar dan Food Court. Bazaar ini cukup terkenal dengan gerai ‘Raja Murtabak’ yang dikhabarkan menyediakan hidangan murtabak yang enak dan tiada tandingannya. Selain ‘Raja Murtabak’, di sini juga terkenal dengan hidangan seperti Ikan Bakar Portugis, Rojak, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Ayam Percik dan Rojala.

IKLAN

Krediot foto: kampungboycitygal.com
Krediot foto: kampungboycitygal.com

6. Pantai Dalam

Lokasi Bazaar ini terletak berhampiran dengan Stesen LRT “University”, dan menawarkan pelbagai juadah menyelerakan seperti Roti Jala, Kuih Cara, Ayam Percik dan Air Keladi.

Kredit foto: blogspot.com
Kredit foto: blogspot.com

7. Seksyen 16, Bandar Baru Bangi

Bazaar Ramadhan di Seksyen 16 ini merupakan Bazaar terbesar di Bandar Baru Bangi yang sentiasa dipenuhi dengan orang ramai sepanjang bulan Ramadhan. Juadah yang terkenal di sini adalah Ayam Golek, Nasi Ambeng, Nasi Lemak Kukus dan Burger Bakar.

Kredit foto: azuanzahdi.com
Kredit foto: azuanzahdi.com

8. Seksyen 13, Stadium Shah Alam

Bazaar Ramadhan yang terletak di Seksyen 13, Stadium Shah Alam ini merupakan Bazaar paling besar di Selangor. Bazaar ini terkenal dengan juadah lazat seperti Papa John Kambing, Ayam Golek, Nasi Khabsa, Jus Mango “Oshin”, Kebab Cucuk dan Kambing Golek.

Kredit foto: haizanrunsah.blogspot.com
Kredit foto: haizanrunsah.blogspot.com

9. SS18, Subang Jaya

Bazaar di SS18 ini adalah Bazaar terbesar di Subang Jaya, dan dikatakan ramai orang berpusu-pusu untuk singgah ke sini seawal jam 3 petang bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Juadah terlaris di sini adalah Ayam Golek dan Kambing Golek Grill!

Kredit foto: blogspot.com
Kredit foto: blogspot.com

10. Kelana Jaya

Bazaar Ramadhan Kelana Jaya terletak di seberang Mini Market Giant di Jalan SS6/1, Kelana Jaya. Terdapat beberapa gerai yang menawarkan juadah Rendang Daging Lembu, Kari Kambing dan Kari Ayam bersama Nasi Kukus. Selain itu, di sini juga terkenal dengan Air Kelapa dan Tebu, Nasi Goreng dan Sotong Bakar.

Kredit foto: xcarpathia.wordpress.com
Kredit foto: xcarpathia.wordpress.com

11. Putrajaya

Bazaar Ramadhan Putrajaya terletak di Presint 2. Juadah yang menjadi pilihan pengunjung di sini adalah Roti John, Ikan Bakar, Nasi Briyani dan Lai Chi Kang.

Kredit foto: menara-kehidupan.blogspot.com
Kredit foto: menara-kehidupan.blogspot.com

Tags: Bazaar RamadhanBazaar Ramadhan Lembah KlangBazaar Ramadhan wajib pergiramadhanramadhan 2015
Share432SendShare

Artikel Berkaitan

Rebut Malam Lailatul Qadar, 5 Kebaikan Yang Cukup Istimewa
Ramadan & Aidilfitri

Rebut Malam Lailatul Qadar, 5 Kebaikan Yang Cukup Istimewa

by Mas Idayu
May 4, 2021
0

Malam lailatul qadar merupakan malam yang dinanti-nantikan orang Muslim pada bulan ramadhan, dan kini malam penuh berkat dan barakah ini...

Baca Lagi
Tak Sabar! Hari Raya Aildilfitri Lebih Meriah Dan Bermakna Bersama Marks & Spencer
Ramadan & Aidilfitri

Tak Sabar! Hari Raya Aildilfitri Lebih Meriah Dan Bermakna Bersama Marks & Spencer

by Sofie Azizlan
April 29, 2021
0

Ulang-alik tengok kalendar, tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tak sabar rasanya! Sebelum itu, bagaimana...

Baca Lagi
Berbuka Puasa Dengan Juadah Istimewa Chef Wan Bersama SmartBite
Ramadan & Aidilfitri

Berbuka Puasa Dengan Juadah Istimewa Chef Wan Bersama SmartBite

by IamLisa
April 27, 2021
0

Masakan chef terkenal Malaysia, Chef Wan tak perlu diperkenalkan lagi. Setiap hidangan beliau cukup ikonik dan tersendiri. Sempena bulan penuh...

Baca Lagi
Megherlip Pagi Raya, 8 Barang Kemas ‘Bestseller’ Dari Swarovski Harga Bawah RM400
Ramadan & Aidilfitri

Megherlip Pagi Raya, 8 Barang Kemas ‘Bestseller’ Dari Swarovski Harga Bawah RM400

by IamLisa
April 21, 2021
0

Pernah tak kamu reward diri sendiri? Dah penat bekerja, rasa nak belanja diri sendiri. Cuba praktikkan cara ini nescaya kamu...

Baca Lagi
Artikel Selanjutnya

Trending

  1. 1

    7 Tanda Toksin Penuh Dalam Badan

  2. 2

    Selain Prada & Fendi, Phone Bag Juga Jadi Ikutan Label Mewah

  3. 3

    Jika Anda Miliki Ciri-Ciri Ini, Ertinya Anda Seorang Yang Introvert

  4. 4

    Keajaiban Ayat ‘Laqod Jaa’kum’ Jika Jadi Amalan Harian

  5. 5

    Resepi Serawa Durian Paling Ringkas Dan Sedap Di Dunia!

DIVA MY membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: [email protected]




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Gaya Hidup
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti

© 2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.