Masih lagi tentang majlis perkahwinan juara Pelamin Fantasia Musim Pertama, Syawal dan Fiqa, kali ini, perunding perkahwinan terkenal, Rizalman Ibrahim pula dikritik dan didakwa menghasilkan busana pengantin yang ‘low class’.
Beberapa pengikut Rizalman di laman Instagramnya turut menuduh dia sengaja membuat baju kahwin yang murah dan tidak mengikuti impian Syawal dan Fiqa.
Bagaimanapun Rizalman bingkas membalas tuduhan keyboard warrior itu, dengan memuatnaik screenshot komen itu di Instagramnya dan menegaskan dia ikhlas dalam mereka busana pengantin baru tersebut, dan amat dihargai oleh kedua-dua belah keluarga Syawal dan Fiqa.
Adatlah manusia, ada sahaja benda yang tak puas hati… Daripada sibuk kritik orang, cuba muhasabah diri sikit.
Sumber : Siakapkeli.my