Raikan budaya Malaysia dan masyarakat Timur Tengah musim perayaan ini dengan koleksi Warisan, Atiya dan Gembira dari Royal Selangor!
Koleksi Warisan menerokai hubungan erat masyarakat Malaysia dengan budaya mereka, yang melahirkan warisan seni yang kaya dengan nilai tradisional. Diilhamkan daripada kraftangan tradisional dan bangunan warisan Malaysia, koleksi ini memberi penghormatan kepada motif wau, wayang kulit dan bangunan warisan terkenal Malaysia. Koleksi ini terdiri daripada tiga buah plak dan sebuah pinggan kenangan. Sesuai dijadikan hiasan rumah ataupun sebagai hadiah sempena meraikan detik peristiwa yang penting, Warisan mengungkapkan peribahasa Melayu ‘tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’ yang mengetengahkan keindahan dan kehalusan warisan seni negara yang tidak pudar ditelan zaman.
Atiya dari Royal Selangor pula mengabadikan keistimewaan hospitaliti masyarakat Timur Tengah dengan koleksi pinggan mangkuk mewah. Mengetengahkan corak arabes yang memaparkan jalinan motif tumbuhan pewter yang membayangkan keindahan dan kesempurnaan ciptaan Ilahi, setiap produk dalak koleksi ini diilham daripada corak-corak berunsurkan Islam – iaitu satu set kopi, dulang, bekas, pinggan (12” dan 10”) dan sebiji gelas “tumbler”, sebagaimana terukir pada mimbar kayu masjid-masjid Mesir pada abad ke-15.
Kerinduan terhadap keanggunan dan kesantunan zaman silam Tanah Melayu terangkum dalam koleksi peralatan rumah terbaharu, Gembira dari Royal Selangor ini. Koleksi ini membawa kenangan kepada saat mengecapi minuman teh di beranda, dan menampilkan motif batik, iaitu kain fabrik yang tidak asing lagi di Kepulauan Melayu. Mengandungi sebuah set teh yang terdiri daripada sebiji teko, jag susu, bekas gula dan dulang, sebiji vas bunga, pemegang kad, jam meja dan jam dinding serta sebiji pinggan, koleksi ini menjalin gaya mutakhir dengan unsur retro, mengimbas kembali bayangan hidup yang indah, sebagaimana dipaparkan dalam filem-filem tahun 1950-an.
Ketiga-tiga koleksi ekslusif dan mewah ini boleh dihadiahkan kepada kaum keluarga mahupun sahabat handai. Saksikan ketiga-tiga koleksi ini di kedai Royal Selangor, wakil peniaga sah dan laman web royalselangor.com.