Biskut Makmur merupakan kuih Raya tradisional yang melengkapkan lagi perayaan Hari Raya Aidilfitri. Ada di sesetengah tempat, tidak sah kiranya tiada Biskut Makmur sebagai juadah di Hari Raya. Kacang tanah yang dikisar bersama gula icing, menambahkan lagi rasa lemak pada biskut ini.
Masa Penyediaan: 15 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 30 minit
Jumlah Hidangan : 50
Bahan-Bahan
Bahan untuk Doh:
500g tepung gandum
2/3 cawan gula icing
1 tin kecil minyak sapi
Paper cup
Bahan untuk Inti:
200g kacang tanah (digoreng tanpa minyak)
3/4 cawan gula icing
1 sudu besar mentega kacang (pilihan)
Bahan untuk Salutan:
Sedikit gula icing
Cara-Cara Penyediaan
- Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula icing. Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit, sehingga mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.
- Kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing dan mentega kacang.
- Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk mendapatkan kuih yang sama besar. Kemudian, leperkan dan letakkan inti kacang di tengah. Tutupkan inti dan buat bentuk bujur.
- Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah celcius.
- Sejukkan biskut. Kemudian, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.
- Siap!
Tip: Sangai adalah kaedah menggoreng tanpa menggunakan minyak. Untuk sangai tepung gandum, tidak perlukan masa yang lama, cukup sekadar 4-5 minit sahaja.
Sumber resepi: iresipi.com