Pelakon yang membintangi filem trilogi hebat, The Lord of The Ring meninggal dunia pada usia 93 tahun setelah dimasukkan ke hospital kerana masalah pernafasan dan kegagalan jantung.
Pelakon tersebut, Sir Christopher Lee yang terkenal dengan watak Saruman, The White Wizard, meninggal dunia pada hari Ahad lepas di Hospital Chelsea and Westminster di London.
Berita kematiannya disebarkan kepada umum hari ini setelah dibenarkan oleh isterinya yang ingin memberitahu ahli keluarga terdekat terlebih dahulu.