Gambar majlis persandingan anak lelaki Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor iaitu Dr. Tengku Iqbal Munawwir dan isterinya Ayu Linggasari, yang berasal dari Indonesia dikritik hebat netizens. Sebab apa?
Gambar tersebut disifatkan tidak menutup aurat malah terlalu seksi. Pada majlis resepsi yang berlangsung di Putrajaya 6 Jun lalu itu, kedua-dua pengantin memakai busana mengikut adat suku kaum Jawa, dengan pakaian mempelai perempuan seolah-olah berkemban.
Bila dilihat pada komen, rata-rata meminta Tengku Adnan memadam gambar persandingan anak menantunya itu daripada laman Facebook beliau. Ada pula komen memberitahu ajaran Islam ada menasihatkan berhubung cara hidup dengan menganjurkan jika sesuatu adat bercanggah dengan hukum agama maka ia perlu ditinggalkan.
Sumber dari therakyatpost & gambar via Facebook Tengku Adnan Tengku Mansor