Inilah masa terbaik untuk anda melancong ke Hong Kong. Kenapa? Dari 15 Jun hingga 31 Ogos 2015, para pelawat ke Hong Kong akan diberi ganjaran kerana Hong Kong Tourism Board (HKTB) telah melancarkan Kempen Hong Kong Summer Fun, yang menawarkan pelbagai pilihan menarik melalui produk dan penginapan malah keseronokan yang tiada limit.
Dari sekarang sehingga 31 Ogos, dapatkan hadiah sambutan percuma sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong! Dan Return to Hong Kong like a Millionaire grand draw membolehkan pelawat kembali ke Hong Kong dengan pengalaman dan hadiah cukup menakjubkan.
Bukan itu sahaja, pelawat juga dapat menikmati tawaran menarik hotel jika mereka melawat Hong Kong. Kemuncak Hong Kong Summer Fun adalah cabutan bertuah. Pelawat yang memasuki dan meninggalkan Hong Kong melalui lapangan terbang boleh mengambil bahagian dalam dua cabutan bertuah untuk memenangi hadiah lumayan.
Cabutan bertuah yang dinantikan, apabila pelawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, mereka boleh mengambil bahagian dalam Instant Mega Draw, yang membolehkan mereka memperolehi :
- 7-Day CSL Wifi Pass secara percuma
- Barangan kemas
- Jam tangan berjenama
- Kad kredit UnionPay HK$1,000
- Pelayaran cruise selama tiga malam
- Tiket ke tempat tarikan pelancongan
- Kupon tunai bernilai HK$1,000
- Baucar makanan
Sepanjang kempen Hong Kong Summer Fun, pelawat boleh menikmati tawaran eksklusif membeli-belah, makanan, hotel dan tempat tarikan apabila diserahkan VIP Card. VIP Card ini termasuk dalam Welcome Pack yang diedarkan di Dewan Pra-imigresen HKIA, ia boleh digunakan di kedai yang mempamerkan sticker Hong Kong Summer Fun Shop Eat Play.
Ingin kembali semula ke Hong Kong? Sebelum meninggalkan Hong Kong, pelawat boleh masuk semula dengan Return to Hong Kong like a Millionaire draw. Di sini, 10 pemenang boleh membawa seorang sahaja yang tersayang melalui perjalanan mewah selama empat hari tiga malam ke Hong Kong. Pengunjung bertuah dapat melancong dengan:
- Tiket kelas perniagaan yang ditaja oleh Cathay Pacific atau Dragonair
- Kad belanja UnionPay HK $ 50,000
- Telefon bimbit ditawarkan oleh CSL Mobile Limited
- Penginapan di hotel mewah
- Pengalaman makan malam di Restoran bertaraf Michelin
- Lawatan VIP
Quality Tourism Services Association, peniaga dari runcit, katering dan sektor hotel akan melancarkan tawaran istimewa semasa tempo berkempen. Anda juga boleh muat turun e-kupon dari laman web HKTB dan aplikasi My Hong Kong Guide untuk menikmati pelbagai tawaran.
Jadi, apa tunggu lagi akses ke DiscoverHongKong.com bagi mendapatkan maklumat terkini, sekaligus membolehkan anda rasai pengalaman Shop Eat Play di Hong Kong!