Canon baru-baru ini melancarkan dua kamera EOS terbaharu mereka; EOS 5DS R dan EOS 5DS. Pada 50.6-megapixel, EOS 5DS R dan EOS 5DS datang dilengkapi dengan full-frame CMOS sensor dan DIGIC 6 image processors untuk menawarkan resolusi imej yang tertinggi dalam rangkaian kamera DSLR buat masa kini.
Canon juga gembira untuk memperkenal siri 4K camcorder baharu yang bermula dengan XC10, yang membolehkan pengguna untuk mengambil video luar biasa beresolusi-4K, dengan imej berkualiti tinggi.
EOS 5DS R & EOS 5DS: Canon’s Dynamic Duo
Spesifikasi Produk:
Ukuran: Lebih kurang 152 x 116.4 x 76.4 mm
Berat: Lebih kurang 845 g (badan sahaja)
Sensor imej: 50.6 megapixel CMOS sensor
Pemproses pengimejan: Dual DIGIC 6
Kelajuan ISO: 100-6400 (diperkembangkan kepada 50 dan 12 800)
Kelajuan shooting berterusan: 5 fps
Format video maksimum: Full HD 30p
AF: 61-points Phase Difference AF dengan iTR AF
LCD: Lebar 3.2 inci (1.04 juta dots)
EOS 5DS R
EOS 5DS
XC10: Canon’s debut 4K camcorder
Spesifikasi Produk:
1.0 CMOS Sensor
DIGIC DV 5
10x zoom optik
• 24.1 mm – 241 mm (imej tetap)
• 27.3 mm – 273 mm (filem)
8-blade iris diaphragm untuk kesan bokeh cantik
12 megapixel imej tetap, panel LCD sentuhan
3.0″ (3.2), 1.03 juta dots
4: 2: 2 / 8 bit 4k, 29.97P / 25P / 23.98P output video
305 Mbps kadar bit maksimum
Format fail MXF
Tetapan picturestyles bagi mewujudkan gambaran berbeza untuk klip filem
1/4 x gerakan perlahan untuk sehingga 1200x gerakan cepat rakaman filem
Slot Dual (CFast dan SD)
WiFi – 2.4GHz / band dwi 5GHz
Canon Malaysia juga telah melancarkan “Your Life with Canon” (YLWC) [www.ylwc.canon.com.my], platform bersepadu yang bertujuan untuk menikmati permintaan jurugambar Canon di seluruh negara. Pengguna Canon yang mendaftar di laman web ini akan menikmati keistimewaan eksklusif ahli dan ganjaran, termasuk perkhidmatan jaminan dilanjutkan, mendapat point kesetiaan untuk menebus barangan edisi terhad, menikmati promosi istimewa dan tawaran yang sangat menarik, dan juga menerima jemputan eksklusif untuk acara private Canon.
Selain itu, laman web ini berfungsi sebagai platform bagi pengguna Canon untuk berkongsi, belajar dan meningkatkan tahap kemahiran dan kepakaran mereka dengan berkongsi tip shooting profesional, teknik berguna dan idea-idea baharu.
Pendaftaran adalah terbuka kepada semua pengguna kamera Canon!
Harga dan Pasaran
Canon EOS 5DS R dan EOS 5DS boleh didapati di pasaran Malaysia bermula dari akhir Jun 2015, pada harga runcit disyorkan (RRP) seperti di bawah:
• EOS 5DSR — RM14,999 (termasuk 6% GST)
• EOS 5DS — RM13,999 (termasuk 6% GST)
• XC-10 — Harga akan diumumkan kelak