Jenama mask wajah hidrogel popular dari Korea, Faith in Face kini telah bersedia untuk bersaing di pasaran Malaysia. Dengan manifesto ‘Have Faith in Face, Origin of Beauty’, jenama yang menjadi pilihan selebriti Korea ini percaya semua wanita mempunyai kecantikan dalaman yang tersendiri. Ini disokong sepenuhnya oleh Whitedge Marketing sebagai pengedar tunggal Faith in Face di Malaysia dengan terlancarnya produk pertama ini dalam rangkaian Hydrogel Mask.
Faith in Face Hydrogel Masks terbukti mendapat sambutan hangat di pasaran terutamanya di kalangan selebriti Korea seperti Park Su-Jin, Han GaLim dan Kim Jung Min. Tidak seperti lapisan mask biasa yang diperbuat daripada serat mikro atau kapas, Hydrogel Mask mengandungi peratusan tinggi bahan-bahan larut air yang memberikan kelembapan unggul sehingga 40 minit. Selain itu, mask ini mampu menyejukkan suhu kulit sehingga 5 darjah*, yang merangsang beta-glukan untuk menyegarkan wajah yang lesu dan letih.
Faith in Face percaya pada kekuatan bahan organik dan ekstrak semula jadi seperti kolagen sayuran, Vitamin E, Asid Hialuronik tanpa paraben atau minyak mineral. Selain merupakan produk yang bebas ujian haiwan, rangkaian Faith in Face Hydrogel Mask telah dirumus khas agar ia lembut pada kulit sambil mengurangkan risiko terdapatnya sebarang tindak balas alahan.
Faith in Face Hydrogel Mask terdapat dalam lima varian untuk memenuhi keperluan setiap kulit:
- After Shower Look – Soothing & Moisturizing Hydrogel Mask
Mask ini mengandungi Sodium PCA, Sodium Hyaluronate dan Camellia Oil, agar kulit terasa lebih segar, lembab dan mulus selepas penggunaan.
- Black & White Film Star – Whitening Hydrogel Mask
Mask ini mengandungi Niacin Amide, Green Tea Extract dan Citrus Unshiu, untuk wajah yang lebih cerah dan bebas cela.
- Hold Me Tight – Lifting & Firming Hydrogel Mask
Mask ini mengandungi Copper Tripeptide, Rooibos Extract dan Red Ginseng Extract untuk merangsang dan mengembalikan keanjalan kulit.
- Miss Invisible Pore – Pore Tightening Hydrogel Mask
Mask ini mengandungi Salicylic Acid, Peppermint Extract, Witch Hazel Extract dan Chestnut Shell Extract, rumusan unik yang berkesan dalam mengecilkan liang pori serta sebum.
- Nourish Me – Nourishing Hydrogel Mask
Gabungan Ceramide 3, Broccoli Extract dan Olive Oil membantu mengembalikan seri wajah pada kulit yang kusam.
Semua rangkaian Faith in Face berharga RM11.90 untuk setiap satu (termasuk 6% GST) dan boleh didapati di lebih 150 cawangan utama Watsons di seluruh negara. Untuk info lebih lanjut, anda boleh semak Facebook Faith in Face Malaysia.