Terkini, gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala richter menggegarkan Ranau, Sabah jam 7.15 pagi tadi. Menurut orang ramai, gegaran boleh dirasai selama 5 saat.
Menurut Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Ranau, Tambun, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.
Pusat gempa tersebut terletak 16km Barat Laut Ranau. Bagaimanapun Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat terkini dari masa ke masa.
Sumber : says.com, siakapkeli, astro awani