Jenama kosmetik warna no. 1 di dunia, Maybelline New York menyambut ulang tahun ke-100nya dan mengisytiharkan 15 Mei sebagai Hari Maybelline! Malaysia menyertai 129 buah negara lain dalam perayaan seratus tahun ini dengan dihadiri oleh selebriti tempatan, editor-editor fesyen dan kecantikan, serta peminat yang datang dengan penuh gaya semasa sambutan ulang tahun Maybelline New York, di mana mereka telah ditampilkan dengan persembahan peragaan unik yang menampilkan gaya ikonik sepanjang 10 dekad sebagai meraikan majlis itu.
Bermula dengan perniagaan kecil milik keluarga dengan hanya satu produk, sehinggalah menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai jenama kosmetik warna No. 1 dunia dan Malaysia, Maybelline New York membawa trend pentas peragaan kepada kehidupan biasa, membolehkan wanita dari semua lapisan masyarakat untuk menghargai keunikan mereka melalui koleksi pelbagai warna.
Pertunjukan sambutan hari jadi yang menonjolkan penampilan ikonik 9 dekad Maybelline New York dan satu solekan Masa Depan eksklusif, yang dicipta oleh maestro solek profesional, Stevensunny. Setiap penampilan mewakili kesenian dan trend solekan pada masa lalu, kini dan akan datang, yang disediakan oleh warna kosmetik Maybelline New York, yang merakam keunikan setiap dekad dengan sempurna.
Solekan masa depan oleh Stevensunny, Glam Goddess, menggunakan sepenuhnya gabungan emas berkilauan dan tona perang kaya untuk menyerlahkan ciri-ciri wanita Malaysia.
Untuk solekan Glam Goddess, Stevensunny menggunakan:
Mata
- Fashion Brown Sharp Pencil dalam warna perang, RM24.27
- Color Tattoo dalam warna Bold Gold, RM21.08
- Big Eyes Shadow dalam warna Copper Gold, RM48.64
- Hyper Glossy Liquid Liner dalam warna Gold-iation, RM21.08
- Color Show Crayon Kohl dalam warna Inca Gold, RM18.97
Pipi
- Blush Em’ dalam warna I’m Glowy!, RM31.01
Bibir
- Color Sensational dalam warna Rebel Bouquet REB06, RM31.68
Sewaktu parti ulang tahun ke-100 Maybelline New York, pemenang pertandingan ‘Wajah Maybelline Hari Ini’ turut diumumkan! Sempena sambutan ke-100 Maybelline New York, Maybelline Malaysia telah menganjurkan pertandingan melalui Instagram, di mana peminat Maybelline New York dijemput untuk memuat naik mengambil gambar selfie rupa ikonik hari ini dan meluahkan perasaan melalui solekan.
Hashtag, #MYMAYBELLINE100, menarik banyak perhatian, dan Maybelline Malaysia memilih 100 peserta yang menerima jemputan eksklusif ke majlis hari jadi. Pemenang hadiah utama akhirnya diumumkan, iaitu Aresha Suraya Roslan. Dia membawa pulang produk Maybelline bernilai RM1,000, selain daripada mendapat peluang keemasan untuk menyaksikan Stevensunny mentafsir semula rupa yang membawa kepada kemenangannya pada seorang model sewaktu majlis penyampaian hadiah!
Kemeriahan ulang tahun Maybelline yang ke-100 ditambah lagi dengan kerjasama yang erat bersama rakan retail Watsons Malaysia yang merupakan destinasi membeli-belah untuk mekap, kekal menjadi kunjungan utama buat semua peminat-peminat kecantikan yang tertarik dengan tawaran barangan dan jenama yang sedia ada di Watsons.
Maybelline New York juga bekerjasama dengan ZALORA dan Uber untuk sambutan ulang tahun ke-100nya. Fesyen sentiasa menjadi sebahagian penting daripada Maybelline New York daripada segi mempamerkan trend dan warna, dan bekerja dengan ZALORA sebagai Rakan Fesyen Rasmi acara ini mencipta gabungan gaya dan kecantikan yang menyerlahkan setiap penampilan ikonik pada malam tersebut.
Sebagai Pemandu Peribadi Rasmi acara itu, Uber membenarkan tetamu untuk perjalanan bergaya ke dan dari tempat acara secara percuma hanya dengan menaip kod promo pada app Uber itu. Berpatutan, selamat dan mudah, Uber menghubungkan pemandu dengan orang yang memerlukan pengangkutan yang menghasilkan situasi menang-menang bagi semua pihak.
Ikuti Maybelline New York dan raikan bersama ulang tahun yang ke-100 mereka dengan hashtag #MYMAYBELLINE100 di Facebook and Instagram.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sosial mereka di:
Facebook Maybelline Malaysia (www.facebook.com/maybellinenysimplyfab)
Instagram (www.instagram.com/maybellinemalaysia)