Pasukan tentera udara Israel melancarkan empat serangan di Semenanjung Gaza awal Rabu.
Menurut saksi Palestin berkata, serangan ini berlaku sejam selepas serangan roket merentasi sempadan Israel.
Pesawat tersebut menyasarkan kem latihan milik pejuang Islam di Rafah, Khan Yunis dan Gaza City, kata saksi.
Bagaimanapun, masih tiada laporan berlaku sebarang kecederaan.
Sementara itu, serangan roket dilancarkan dari wilayah Palestin menyasarkan kawasan selatan Israel, tanpa menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan, Selasa lalu.
Tentera Israel berkata mereka menyasarkan empat infrastruktur keganasan di selatan Semenanjung Gaza, sebagai tindak balas kepada serangan roket sebelum ini.
“Realiti yang wilayah Hamas digunakan sebagai tempat untuk menyerang Israel adalah tidak boleh diterima dan akan menanggung akibatnya,” kata jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Peter Lerner dalam satu kenyataan.
Namun begitu, gerakan Islam Hamas yang memerintah Gaza, mengatakan mereka tidak bertanggungjawab atas serangan itu.
Serangan roket semalam adalah yang ketiga lancarkan dari Gaza sejak gencatan senjata yang menamatkan konflik 50 hari pada musim panas 2014, yang mengorbankan kira-kira 2,200 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, dan 73 di pihak Israel, kebanyakannya askar.
Dua bom mortar juga turut dilancarkan menyerang Israel sejak September, menurut agensi keselamatan dalam negeri, Shin Bet.
Sumber berita: The Rakyat Post