Apabila anda makan buah ceri yang cantik dan lazat, anda akan menikmati lebih daripada sekadar rasa yang luar biasa. Ceri penuh dengan antioksidan dan menawarkan banyak manfaat kesihatan termasuk membantu menangani insomnia, sakit sendi dan pelbagai lagi.
Berikut adalah 11 sebab yang baik untuk memulakan pengambilan buah ceri hari ini!
1. Perlindungan Daripada Diabetes
Ceri manis mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah daripada 22, lebih rendah daripada aprikot (57), anggur (46), pic (42), beri biru (40) atau plum (39). Ini menjadikan ceri pilihan yang lebih baik daripada banyak buah-buahan lain, terutama bagi pesakit kencing manis.
2. Membantu Tidur Dengan Lebih Baik
Keresahan pada waktu malam? Jus ceri dapat menyelamatkan! Minum jus ceri 30 minit selepas bangun daripada tidur dan 30 minit sebelum makan malam anda.
3. Membantu Alzheimer
Persatuan Alzheimer memasukkan ceri sebagai salah satu makanan yang boleh meningkatkan memori kerana ia kaya dengan antioksidan.
4. Melambatkan Penuaan Kulit
Ceri mempunyai tahap antioksidan paling tinggi antara buah-buahan. Antioksidan membantu badan menentang radikal bebas yang menyebabkan seseorang kelihatan tua. Minum segelas jus ceri setiap hari mampu melambatkan proses penuaan, menurut saintis dari Michigan State University. Jus ceri juga disyorkan sebagai rawatan alternatif untuk keadaan kulit yang lain.
5. Mengurangkan Sakit Otot
Secawan setengah ceri atau satu cawan jus ceri boleh mengurangkan keradangan otot. Sekumpulan pelari marathon meminum jus ceri dua kali setiap hari selama tujuh hari sebelum perlumbaan mereka. Kumpulan yang minum jus ceri mengalami kurang kesakitan otot selepas perlumbaan, berbanding mereka yang minum minuman buah-buahan yang lain.
6. Baik Untuk Jantung
Ceri adalah sangat tinggi dengan kalium, yang membantu mengawal kadar denyutan jantung dan tekanan darah, serta dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi. Phytosterols dalam ceri membantu mengurangkan paras kolesterol tidak baik.