Perut buncit sememangnya menjadi masalah kebanyakan wanita. Perut buncit akan mengganggu penampilan, sekaligus akan menjejaskan keyakinan seseorang.
Seperti yang diambil dari stylecraze.com ini, latihan Crunch dapat membantu anda mendapatakan perut yang kempis, rata tanpa lemak jika dilakukan secara berkala atau dijadikan sebagai rutin senaman setiap hari. Jom cuba!
Crunch
Baring di atas lantai dan angkat kedua kaki hingga sudut 90 darjah sambil menahan kedua tangan di belakang kepala. Tarik nafas ketika anda mengangkat kaki dan hembuskan ketika menurunkan kaki. Lakukan sehingga 10 kali gerakan. Jika anda mampu lakukan lebih daripada itu, lakukan lagi. Ulang sebanyak 2-3 set.
Side Crunch
Lakukan dengan cara lain, Side Crunch, iaitu dengan cara mengangkat satu kaki, namun dengan gerakan yang sama. Caranya, angkat satu kaki hingga tinggi, namun kaki lain tetap lurus, dan angkat tubuh anda mendekati kaki yang diangkat. Ulang langkah seterusnya dengan kaki yang lain pula. Tetap aturkan nafas dan lakukan sehingga 10 kali gerakan. Ulang sebanyak 2-3 set.
Sumber: vemale.com