AirAsiaGo.com, portal pelancongan dalam talian terkemuka Asia mempelawa semua pelancong yang cintakan seni untuk meneroka dan mengalamni pengalaman unik ‘Vivid Sydney 2015′ – perayaan cahaya, muzik dan idea selama 18 hari terbesar di dunia. Festival itu bakal mengubah bandar Sydney ke dalam kanvas berwarna-warni dengan pemasangan lampu, bermula dari 22 Mei hingga 8 Jun 2015.
Bersempena dengan itu, AirAsiaGo.com menawarkan pakej eksklusif penginapan di hotel 4 malam dengan tiket penerbangan pergi balik (termasuk cukai) dari serendah RM1499 seorang dan hotel sahaja dengan diskaun dari serendah RM179 satu malam untuk perjalanan ke Sydney, Australia.
Tempahan boleh dibuat secara online mulai sekarang sehingga 31 Mei 2015 bagi tempoh perjalanan bermula dari sekarang sehingga 31 Ogos 2015. Bagi pelanggan yang telah sedia ada tempahan penerbangan ke Sydney, mereka boleh menikmati tambahan 8% untuk tempahan hotel mereka dengan menaip kod promo : AAGO8.
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.airasiago.com.my/sydney atau layari www.airasiago.com. Untuk update terkini, boleh lihat di Facebook, Twitter, Instagram atau muat turun AirAsiaGo Mobile App di Apple App Store atau Google Play.