Shiloh, puteri kesayangan pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie mencuri tumpuan apabila tampil mengenakan persalinan sut ketika hadir ke premier filem terbaru Angelina Jolie ‘Unbroken’.
Hadir ke premier filem terbaru Angelina Jolie ‘Unbroken’, Brad Pitt berserta tiga anaknya – Maddox (13 tahun), Shiloh (8 tahun), dan Pax (11 tahun) tampil bergaya di karpet merah mengenakan sut hitam dan tali leher. Shiloh kelihatan maskulin dengan potongan rambut pendek, sut dan tali leher.
Terdahulu, di tahun 2008, Pitt dan Jolie mendedahkan pada media bahawa Shiloh ingin dipanggil dengan nama John. Malah, sejak usia 3 tahun, Shiloh menunjukkan keinginan menjadi lelaki dengan berambut pendek dan berpakaian lelaki. Lantas, sikap keterbukaan Pitt dan Jolie mengenai kebebasan itu mengundang respon negatif daripada banyak pihak. Pasangan ini sendiri menganggap Shiloh hanyalah kanak-kanak kecil yang gemar bergaya sahaja.